Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 29, 2011

Kita Tungguuu...!!


Nota:

tunggu dan nanti
nanti dan sabar

siapa the third man?
the third man
akan sampai ke internet anda tidak lama lagi
akan ditayangkan di internet anda tidak lama lagi
Kah...Kah...Kah...

Bersedia Untuk Kita Turun Ke Jalanraya....!!


IPP PROJEK KHAS UNTUK KRONI MAHATHIR – HD

Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya.

NOTA:

apa leterik sengaja dipadamkan malam itu
ini untuk menunjukkan bahawa tnb gagal
ini untuk mengolah peesetujuan orang ramai
untuk membuka jalan agar ipp dapat diwujudkan

ipp ini adalah orang tengah yang menjual tenaga pada tnb
ipp di beri subsidi sebanyak 21 bilion ringgit

perjanjian antaar ipp dengan tnb adalah rahsia
tidak ada siapa tahu isinya

perhatikan apabila bekalan leterik mula terputus-putus
maka menteri akan berkata kita kurang tenaga leterik
tetiba harga leterik naik
kata menteri harga minyak dan arang batu mahal

bila ini terjadi sedarlah bahawa ini memang dirancang
beryjuan untuk mengolah persetujuan oarng ramai
agar menerima loji nuklear sebagai punca leterik

akan dikatan tenaga nukler murah
akan dikatakan tenaga nukler tak habis habis
semua ini adalah tipu muslihat

anak muda jangan lupa 9 julai
bersedia dari sekarang
kita turun beramai ramai

SEBELUM PILIHANRAYA KITA KE JALAN RAYA!

Selamat Datang Ke Malaysia....!!


SKANDAL SCORPENE : PEGUAM PERANCHIS AKAN TIBA KE MALAYSIA – keadilan daily

Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.
Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Najib Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Nota:

kita tunggu dan nanti
tetapi besar kemungkinan peguam
yang hendak membocorkan siapa jantan ke tiga
bersama razak baginda dan siti altantuya ke malta
akan di sekat

akan diberitahu bahawa :
- gambar passport tak jelas
- tulis salah nama
- tak tulis bin atau binti
- tak jelas nama hotel menginap
- di syaki akan mencari kerja

justeru:
akan dilarang masuk ke malaysia

tak percaya?
sila tunggu

Ayuh Bersama Pakatan Rakyat Ke Putrajaya...!!


NAJIB MAHU HIMPUAN SEJUTA BELIA PERTAHAN PUTRAJAYA DARI PAKATAN - MI

Najib Razak mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.

Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.

Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.

“Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.
“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.

Nota:

Sembilan julai nanti yang berhimpun bukan belia
tapi anak muda
kah kah kah

May 28, 2011

1 Malaysia Di Lema Ketuanan Melayu....!!


Gaps: Hanya Melayu ada hak untuk biasiswa - MK

Hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan, kata kumpulan pendesak yang berkaitan dengan Umno - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

“Adakah sebenarnya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat biasiswa? Perlembagaan Persekutuan hanya mengariskan orang Melayu dan Bumiputera (sahaja) mempunyai hak untuk menerima biasiswa,” kata presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan.

“Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu,” katanya dalam usaha cuba memindahkan kesalahan itu kepada lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965.

Hamidzun mengulas kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berkata, “MCA meminta perdana menteri supaya memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara meskipun Putrajaya mendakwa tidak membuat sebarang janji seumpama itu.”

Sambil menuduh “sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chauvanistic”, Hamidzun membidas Chua, khususnya dan mencabar ketua parti komponen BN yang kedua terbesar itu meminda perlembagaan jika tidak bersetuju.

“Kalau (Chua) Soi Lek tak setuju, dia kena pinda perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid ini. Soi Lek wajar bersikap lebih objektif dalam kepimpinannya.

“Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja,” kata pemimpin Gaps itu.

Cukup la...

Hamidzun juga membidas parti-parti komponen BN yang katanya setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta Umno akan menjadi juara kaum masing-masing.

“Gaps melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya sambil menambah pemimpin BN perlu bertanggungjawab mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya di negara ini.

“Cukup lah Do Xiang Zhong (sic), PERKASA dan Hindraf menjadi jurucakap bangsa masing-masing. Mereka cemerlang dalam bidang itu,” katanya.

Bagaimanapun bercanggah dengan dakwaannya hanyak orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasaiswa, pada akhir kenyataannya Hamidzun menulis “Pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan.”

Ayuh Kita Bangun Melawan...!!


HADI: PAS BELA PENEROKA DARI JADI HAMBA FELDA - MK

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.

Justeru, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetapi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

"Namun semua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," katanya dipetik Harakahdailysempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang.

NOTA

dalam sistem ekonomi kapitalis ini
peneroka felda di jadikan hamba
felda ini tidak jauh bezanya dari sistem estate british dahulu
kuli estate kerja potong getah
kuli estate keja tanam sawit
duit dan untung
dibawa pulang ke london

itu pasal kota london kaya raya
60 pendatapan british di tahun 40’an hingga 60’an datang dari tanah melayu

sekarang yang hidup lumayan ialah pegawai felda
sekarang yang hidup lumayan mereka yang meniaga dengan felda
dari tenaga pak cik dan mak cik felda
mereka mengaut keuntungan

seharusnya perjalan felda bukan dalam cara kapitalis ini
ianya seharusnya boleh dikongsi

siapa yang bekerja dia yang dapat gaji
siapa kerja kuat akan dibayar lebih

bukan siapa yang pandai kelentong dapat duit banyak

May 27, 2011

Terima Kasih Kepada Kerajaan 1 Malaysia...!!


K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik - MK

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Bertolong-Tolonglah Dalam Perkara Kebaikkan...!!

Tugas Saya Bantu Pakatan Ke Putrajaya - Bob Lokman - HD

BUKIT MERTAJAM, 27 Mei: Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.

"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," beritahu Bob Lokman (gambar) ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam semalam.

Bob Lokman menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program PAS bagi membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " jelas beliau.

Beliau berceramah dipentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar ia tidak terpesong dari aqidah Islam.

Mereka di saran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakun itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas di tambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " jelasnya.

Baginya, sekaranglah masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.

Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan, kata beliau.

Hancurlah Impian Anak-Anak Muda....!!




NOTA:

hancur lebur
tersungkur pecah berderai derai
angan angan berahi nak jadi tuan diplomat

tak kan tak ada kerja di tempat lain?

jangan lupa lebih dari 80% tenaga kerja
bersangkutan dengan kerajaan
majikan yang terbesar dalam dunnia ini ialah kerajaan

terperanjat?

sama ada di amerika
sama ada di peranchis
sama ada di mesir
sama ada di china

sama ada kapitalis
sama ada sosialis
majikan terbesar masih kerajaaan

9 Julai Adalah Hari Untuk Orang Muda....!!


HIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI SEBELUM PRU 13 – suara keadilan

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menetapkan tarikh ‘Perhimpunan Rakyat’ pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.

Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

“Perkara itu menjadi perhatian utama kami sekiranya benar-benar berlaku. Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi mengekalkan tarikh yang sama, iaitu 9 Julai,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.

NOTA:

anak anak muda bersedia
anak anak muda bersedia
9 julai adalah hari anak muda

siapa yang nak cuti lamar cuti dari sekarang
siapa yang nak kahwin sila kawin sekarang
siapa yang nak bersunat sila bersunat sekarang

siapa tak ada duit cari kerja dari sekarang
siapa ada duit simpan dari sekarang
semua perlu datang ke kuala lumpur
kerana 9 julai ialah hari anak muda!