Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 24, 2010

Kewajipan Menutup Aurat Terus di Persenda...

Tanggal pada 23/01/2010 ( Sabtu ), telah selamat di semadikan jenazah Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar yang sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya...Al-Fatihah.







( Pembaca Berita Wanita di TV1 dan TV9 pada 23/01/2010)

Namun begitu apa yang terbuku di hati saya ialah apabila melihat kebanyakkan penyampai berita khususnya wanita di seluruh stesen TV baik kerajaan mahupun swasta berpakaian begitu sopan sekali dengan menutup aurat sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda Tuanku Sultan Johor pada kelmarin. ( gambar atas)

Terdetik di hati saya alangkah baiknya perbuatan yang murni ini di jadikan satu budaya khususnya kepada pembaca pemberita wanita Islam di tanahair kita supaya di wajibkan untuk menutup aurat kerana selain dapat menunjukkan sikap kesopanan individu tersebut malah ianya juga adalah satu kewajipan untuk berbuat demikian di dalam agama Islam. Kewajipan menutup aurat bukanlah satu kod etika berpakaian yang sengaja di reka-reka tetapi ianya adalah merupakan perintah Allah SWT kepada kita sebagai umatnya.

( Pembaca Berita Wanita Islam di ASTRO AWANI pada 24/01/2010)

Apa yang menyedihkan..dalam tempoh tidak sampai 24 jam keadaan berpakaian pembaca berita wanita Islam kembali seperti asal di mana tidak lagi menutup aurat. ( Gambar kiri )
--------------------------------------------------------

Hey..MANA PERGI MUFTI DAN ULAMAK DALAM KERAJAAN ???

Woit..MANA PERGI MENTERI YANG JAGA AGAMA.???

Bangang..TAK KAN DR.MASHITAH DIAM SERIBU BAHASA??..TEGUR LE.???

Kesian..ORANG CANTIK-CANTIK, TAPI SAYANG SEMUA JADI KAYU API NERAKA..

Taubatlah..TUTUP AURAT BUKAN MASA RAJA MANGKAT JE..!!

Ubahlah.. TUTUP AURAT BUKAN MASA BUAT UMRAH JE..!!

Ingat Pesan Ustaz..TUTUP AURAT ADALAH WAJIB..BUKAN PERKARA MAIN2!!

No comments:

Post a Comment