Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 21, 2010

MB Terengganu Akan Bertukar..???

Ada sumber rapat dengan seorang Datuk yang baik dengan YDPA Sultan Mizan memberitahu bahawa Najib akan menghadap baginda tuanku dalam masa yang terdekat untuk memohon agar Menteri Besar Terengganu ditukar.

Hishamuddin Tun Hussein sudah tidak tahan lagi dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno Terengganu. Ahmad Said yang menyedari perkara itu sudah tentu akan memikirkan cara terbaik untuk selamatkan kariernya. Kelebihannya ialah Sultan Mizan sangat bencikan Idris Jusoh dan 'team'nya.

Menurut sumber itu lagi, Sultan Mizan sudah bersedia untuk mengarahkan Najib agar benar-benar kembalikan Royalti minyak kepada Terengganu. Kata sumber itu lagi, Sultan Mizan sangat marah apabila mengetahui bahawa Najib hanya mempermainkannya setelah berjanji untuk mengembalikan royalti pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu tahun lepas tetapi ternyata ia hanyalah janji kosong musim pilihanraya. Najib bukan sahaja membohongi rakyat Terengganu , bahkan turut membohongi DYMM YDPA Sultan Mizan.

Menurut sumber itu lagi, Sultan sangat berharap rakyat Terengganu melalui NGO2 tertentu terus memperjuangkan isu royalti minyak sehingga ia benar-benar dikembalikan, bukan lagi retorik politik Umno."
---------------------------------------------
Kah..Kah..SELAGI NAMRUD TADBIR TERENGGANU..TUKAR KE.?? TAK TUKAR KE..?? SAMA JE..!!

Kah..Kah..JGN JADI MACAM TIPAH TERTIPU TERTIPU TIPU TETIPAH..TIPAH TERTIPU LAGI..!!

Kah..Kah..MAT SAID & DERIH SAMA JE..SPESIS NAMRUD DAN PENIPU BELAKA....

Kah..Kah..TUKAR NAMRUD..GANTI NGAN NAMRUD JUGA..JADI TAK ADA MAKNENYE..!!

Kah..kah..AIMAN TAK KISAH..KALAU RAKYAT YANG TUKAR MB TERENGGANU LAGI BAGUS..

No comments:

Post a Comment