Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 10, 2010

Biar Putih Tulang..Jangan Putih Mata...!!


"Blogger Umno sahkan berlaku perebutan calon di Hulu Selangor - Pemimpin Umno Selangor ancam Boikot!Ternyata bangkai gajah tidak dapat ditutup hanya dengan timbunan daun kering..kebusukannya pasti juga teserlah..Umno dan Najib kini berhadapan dengan keadaan yg cukup genting..hakikat ini tentunya tidak dirasai oleh Umno luar Hulu Selangor, tetap bahang dan kepanasannya dirasai oleh kepimpinan dan ahli/penyokong Umno Hulu Selangor sendiri...

Mereka menuntut supaya calon melayu dari Umno untuk bertanding..mereka sanggup menghantar memorandum kepada Najib demi mempertaruhkan seorang calon berbangsa Melayu sebagai ayam sabung mereka menentang calon Melayu dari parti PR..bahkan lebih dari itu, mereka mengugut akan memboikot PRK kali ini jika tuntutan mereka tidak diendahkan..

Persoalan kini, apakah Najib lebih mengutamakan pandangan dari penduduk Hulu Selangor sendiri, atau hanya mengambilkira pandangan dan suara dari pihak luar Hulu Selangor..sama2 kita saksikan babak seterusnya...

BN MAKIN PENING DI HULU SELANGOR

Menjelang tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO-BN semua macam tak kena.

Presiden 1Malaysia sudah mengistiharkan bahawa calon BN adalah dari MIC. UMNOAPCO Hulu Selangor kembali berlembut untuk bagi laluan MIC bertanding tetapi dengan syarat bukan calon MIC sebelum ini Datuk G Palanivel.

Tetapi MIC bahagian Hulu Selangor kata mereka hanya mencalonkan 1Calon sahaja untuk 1MIC Hulu Selangor, mereka tetap mahu G Palanivel.Palanivel malam tadi pula merayu-rayu diberi peluang kedua katanya kalau tak suka PRU 13 boleh buang.

Keputusan MIC menyebabkan UmnoApco Hulu Selangor menolak kompromi yang dibuat sebelum ini. Jika begitu keadaannya maka UmnoApco kembali menuntut agar calon mereka bertanding. UmnoApco Hulu Selangor hanya ada satu nama sahaja sempena mengambil semangat 1Malaysia iatu tak lain dan tak bukan Tan Sri Muhd. Md. Taib.

Semua ini menyebabkan TPM 1Malaysia pening-pening ketika PM 1Malaysia bersama rombongan dan dua YB Lompat berjumpa Barrack Obama di Amerika untuk mendapat restu.Wallahualam.
------------------------------------------------------
Kah...Kah.....BELUM APA-APA DAH NAK GADUH....!!!

Kah...Kah.....JANGAN CEPAT PUTUS ASA!!! MASIH ADA BANYAK MASA LAGI...!!!

Kah...Kah....MINTAK TOLONG PERKASA...BUAT SURAT BANTAHAN HANTAR PADA NAJIB...!!!

Kah...Kah....INI BARU HANG TUAH ...TAKKAN MELAYU HILANG DI HULU SELANGOR...!!

Kah...Kah....PEDULIKAN 1 MALAYSIA...HAK TETAP HAK...!!!

Kah...Kah....NAJIB LEBIH SUKA DENGAR KATA APCO DARI UMNOCO....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...ALANG-ALANG CELUK PERKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN...!!!

No comments:

Post a Comment