Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 25, 2010

KJ Bakal Menteri Pertahanan 1 Malaysia Yang Baru...

BAKAL MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA SEDANG BERKAWAT...


Khairy tamat latihan sebagai askar wataniah-Malaysian Insider

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. — Bernama
-----------------------------------------------
Kah...Kah....INI SUDAH BAGUS..LAMA MENGHILANG..RUPANYA PEGI BERLATIH TENTERA...!!!

Kah...Kah....INI DAH SAH NAK LOBI MENTERI PERTAHANAN NI....!!!

Kah..Kah.....BINI ROSMAH JANGAN LUPA...BERI PERHATIAN SIKIT PADA KJ KALAU NAK ROMBAK KABINET...!!!

Kah..Kah....BUKAN SETAKAT LULUS OXFORD..LULUS ILMU TENTRA PULAK TUU...2 DALAM 1 TUU...!!!

Kah...Kah...INI BARU LAYAK JADI MENTERI...TAHU BASIC DARI BAWAH...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...BELAJARLAH ILMU SEHINGGA KE LIANG LAHAD...

No comments:

Post a Comment