Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 31, 2010

Lagi Projek UMNO/BN Jual Aset Melayu.....!!!



Pembangunan Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 belum muktamad

Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera belum muktamad selagi tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Kerajaan akan mendengar serta menerima maklum balas daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Pemilik tanah Kampung Baru tidak perlu risau. Apa yang kami bentangkan pada Sabtu lalu adalah baru permulaan untuk mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, satu majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membincangkan pembangunan di kawasan berkenaan.

Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Raja Nong Chik berkata kerajaan memberi jaminan kepentingan dan hak orang Melayu tetap dijaga dan diberi keutamaan walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.

“Nisbah yang dicadangkan itu bertujuan memaksimumkan nilai hartanah di Kampung Baru khususnya apabila syarikat korporat bukan Melayu dan syarikat asing turut sama-sama melabur dalam pembangunan yang kita rancang.

“Ini sekaligus akan memberikan pulangan lebih tinggi kepada pemilik tanah Kampung Baru yang sama-sama turut melabur dalam pembangunan ini,” katanya.

Raja Nong Chik berkata sebarang pendapat, maklum balas serta pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88891411 atau e-mel kepadanya di rnc@kwp.gov.my. — Bernama
----------------------------------------------------------
Kah...Kah....KAN DAH CAKAP...MESTI ADA CUKONG DOK NGAGA KAT BELAKANG...!!!

Kah...Kah....CUKONG DAH LAMA BERATUR KAT OFFICE DBKL NAK BELI TENDER...!!!

Kah...Kah....NONG CHIK MEMANG TAK MINAT NAK TOLONG MELAYU....!!!

Kah...Kah....MALAON NI BUKAN PILIHAN ORANG KG. BARU...!!!

Kah...Kah....MALAON INI DI LANTIK SEBAB BIK MAMA YANG NAK...!!!

Kah...Kah....CAKAP FLIP FLOP...MACAM BIAWAK...!!!

Kah...Kah....KALAU TAK CAYA...KITA TENGOK MELAYU KENA TIPU ATAU TIDAK...!!!

Kah...Kah....MANA KATAK PERKASA...BANGUNLAH BUAT BANTAHAN...!!!

Kah...Kah....NAK HARAPKAN SENATAK...TAK MUNGKIN...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...AGENDA EJEN ZIONIS...MESTILAH SAMA DENGAN ZIONIS...

No comments:

Post a Comment