Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 7, 2010

Satu Lagi Projek BN Tipu Melayu...


KABINET LULUSKAN PENUBUHAN PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Kabinet meluluskan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia pelan pembangunan semula kawasan itu yang bakal menjadi antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata penubuhan perbadanan itu adalah antara tiga perkara yang dipersetujui oleh Kabinet, kelmarin mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan pembangunan Kampung Baru yang dikemukakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dalam memorandumnya kepada Kabine

Katanya, KWPKB akan mengemukakan satu rang undang-undang di Parlimen bagi membolehkan penubuhan perbadanan berkenaan yang akan diletakkan di bawah kementerian berkenaan.

“Perbadanan itu antara lain akan memastikan ciri-ciri kebudayaan Melayu perlu ada dalam setiap reka bentuk... beberapa ciri Melayu mesti dikekalkan tetapi dalam suasana moden, ia tidak boleh seperti sekarang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perayaan Hari Pekerja anjuran Persatuan Penduduk Bangsar Baru di Dewan Besar Kompleks Sukan Bangsar di sini, semalam.

Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar yang juga antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Selain itu, Raja Nong Chik berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa pembangunan Kampung Baru akan menggunakan konsep pembangunan semula secara komprehensif atau menyeluruh yang akan menggunakan zon guna tanah Perdagangan Pusat Bandar dengan nisbah plot 1:10.

Katanya, kabinet juga bersetuju cadangan untuk melantik Perbadanan Nasional Berhad (PNB) atau Yayasan Amanah Harta Bumiputera (YAHB) atau badan-badan lain yang berkaitan sebagai ejen pembangunan dan penjaga amanah orang Melayu dalam melaksanakan pembangunan semula Kampung Baru.

Raja Nong Chik berkata, beliau dijangka bersemuka dengan semua pihak yang mempunyai kepentingan di Kampung Baru termasuk penduduk, pemilik tanah dan penjaja pada penghujung bulan ini.

Katanya, dalam perjumpaan itu, beliau akan membentangkan syor serta perancangan kementerian mengenai pelan pembangunan semula itu di samping mendapatkan persetujuan mereka mengenai pelantikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertentu yang akan bertanggungjawab membangunkan kawasan itu.

Beliau juga ingin mendengar sendiri segala cadangan atau apa saja pandangan daripada pemilik tanah Kampung Baru bagi memastikan usaha itu memberikan manfaat kepada semua pihak.

"Saya harap dalam tahun ini semua proses dapat diselesaikan, untuk membolehkan pemilik tanah jelas mengenai konsep itu, perbadanan diwujudkan, GLC dilantik...pada penghujung tahun itulah sasaran saya sebelum kita meneruskan dengan proses perundangan," katanya.

Katanya, segala maklum balas akan diambil kira untuk dimasukkan dalam perancangan kementerian itu sebelum dibentangkan sekali lagi kepada Kabinet
---------------------------------------------
woit… PERTAMA … MALAON INI TIDAK PERNAH DI PILIH OLEH MANA MANA WARGA IBU KOTA…. kah kah kah..

woit… KEDUA….. BETUL KE MALAON INI RAJA?.... kah kah kah..

kah kah kah…. ADAKAH MALAON INI SAMA SEPERTI TUNKU ADNAN…. TUKAR NAMA…. kah kah kah…

kah kah kah….. ATAU MACAM SANGKARAN PILLAI…. TUKAR NAMA JADI CHANDRA MUZAFAR…kah kah kah..

kah kah kah… AWAS !..... SELIDIKI BETUL BETUL…. kah kah kah…

kah kah kah…..BETUL KE IJAZAH MALAON INI TIDAK DI BELI… kah kah kah…

kah kah kah…..SEPERTI IJAZAH ALIAS OMAR YANG KLIM JADI DOKTOR ALIAS OMAR…kah kah kah..

kah kah kah… ATAU MACAM SULAIMAN WISKI KLIM JADI SULAMIAN RANDERS…. kah kah kah

woit... ALIAS OMAR, SULAIMAN RANDER TUNKU ADANAN ... SEMUA NAK TIPU MELAYU DALAM BANDAR...kah kah kah kah...

woit…. SEMUA INI PROJEK NAK REMBAT TANAH ORANG MELAYU…. kah kah kah

woit…. CUKONG MANA DI BELAKANG MALAON INI…. kah kah kah..

woit… INGAT … BEREMBANG LESAP…. kah kah kah..

woit… INGAT … SETUL LESAP…. kah kah kah..

woit…. INGAT….. CHU BADAK LESAP…. kah kah kah…

woit…. ORANG MELAYU DENGAN TANAH TAK BOLEH PISAH…. kah kah kah..

woit… KERANA ITU NEGARA INI NAMA NYA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… APNO JUAL SIANGAPURA PADA LEE KUAN YEW…. kah kah kah…

woit... SEKARANG JUAL JOHOR SELATAN PADA ISREAL....kah kah kah

woit…. SEKARANG NAK JUAL KAMPONG BARU PADA CUKONG MANA?.... kah kah kah…

woit… TOLONG JANGAN TIPU ORANG MELAYU…. KATAKAN INI TERBESAR DALAM DUNIA…. kah kah kah..

woit…. DUBAI PUN BESAR…. JANGAN LAH BODOH KAN MELAYU….kah kah kah..

Kah..Kah.. AIMAN TAK KISAH...ORANG MELAYU INI MALAS MEMBACA... SUKA MENDENGAR... JANGAN BODOHKAN MEREKA... kah kah kah

No comments:

Post a Comment