Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 16, 2010

1 Malaysia Dah Tahu Tarikh Lupus Untuk UMNO/BN...!!!

Umno Sedang Di Talkinkan....Awas..!! Ini Adalah Karung Plastik Jenazah UMNO/BN..


PM: Tarikh pilihan raya satu kejutan -MKini

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.-Bernama
-------------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....MACAM AKEDEMI FANTASIA...ADA KEZZUTAN BERLAKU...!!!

Kah...Kah....TAK PAYAH NAK BUAT GIMIK...TAK ADA APA YANG NAK TERKEJUT...!!!

Kah...Kah....DARI DULU SAMPAI SEKARANG...HANYA PM & BININYA SAJA YANG TAHU TARIKH PILIHANRAYA...!!!

Kah...Kah....INILAH DIA POLITIK JAKUN...NAK UMUM TARIKH PRU PUN TAKUT...!!!

Kah..Kah.....DI EROPAH TARIKH PILIHANRAYA TAK ADA RAHSIA..AWAL-AWAL LAGI DAH UMUM...!!!

Kah...Kah....MEMANG TAK TERKEJUT PUN...INILAH KERJAAN YANG KLUK-KLEK...!!!

Kah..Kah.....TARIKH PILIHANRAYA MEMANG PAYAH NAK MUKTAMAD...!!!

Kah..Kah.....MESTI KENA TANYA TOK BOMOH DULU...MESTI KENA MANDI SUSU DULU...!!!

Kah...Kah...TAPI KALI INI..SEMUA BOMOH AKAN CAKAP BAHAWA UMNO/BN AKAN DI TALKINKAN...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH..DARI DULU LAGI YAKIN DENGAN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...

No comments:

Post a Comment