Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 2, 2010

Berita Yang Tak Dilaporkan Dalam Suratkhabar 1 Malaysia..!!!


SCORPENE – KAPAL SELAM RAZAK BAGINDA – POLIS PERABCHIS SERBU PEJABAT DCNS – ajensi berita france

Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.

Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFPbahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Najib Tun Razak .

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.
Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.

Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.
---------------------------------------------------------
Kah..Kah...KENAPA SERBU..??? MANA ADA KES......!!!

Kah...Kah...TAK PATUT....POLIS PERANCIS MEMANG TAK PATUT...!!!

Kah...Kah...TAK KAN AMBIK KOMISYEN PUN NAK SERBU..TAK PATUT....!!!

Kah...Kah...TAK MACAM POLIS MALAYSIA...NAK SERBU PUN TENGOK KES DULU....!!

Kah...Kah...POLIS MALAYSIA COOL JE...SERBU-SERBU TAK MAIN LA..TEMBAK TERUS..!!!

Kah...Kah...SERBU-SERBU BUANG MASA JE...TEMBAK TERUS..SELESAI MASAALAH...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...TABIK PADA POLIS PERANCIS SEBAB BERANI KERANA BENAR...!!

No comments:

Post a Comment