Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 12, 2010

Bukti PRU 13 Dah Makin Dekat....!!!

Kaum Bumiputra Malaysia..Sama Taraf Dengan Melayu...!!!

Nazri: Masyarakat Siam adalah bumiputera -MKini

Masyarakat Siam Kelantan dan di beberapa negeri di Semenanjung yang kesemuanya dianggarkan kira-kira 60,000 orang adalah kaum bumiputera di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Masyarakat minoriti itu mempunyai hak yang sama dengan warga pribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wanita Siam Dalam Era Globalisasi di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di Tumpat hari ini.

Majlis sehari itu dihadiri kira-kira 400 wanita masyarakat Siam yang tinggal di kawasan Tumpat dan Pasir Mas dalam usaha meningkatkan kefahaman golongan terbabit sebagai warga negara ini.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri yang juga penaung Persatuan Siam Malaysia menyarankan semua pihak agar memahami status kewarganegaraan yang dinikmati oleh masyarakat Siam di negara ini sebagaimana diperoleh kaum bumiputera lain.

Mengenai kedudukan kira-kira 100 orang masyarakat itu di Kelantan mempunyai kad pengenalan merah sedangkan mereka tinggal sejak awal lagi dan boleh membeli tanah sendiri di Kelantan, beliau berkata perkara itu akan disiasat sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita harap ketua masyarakat Siam dapat menyenaraikan nama-nama mereka dan beri kepada saya bagi tindakan susulan... kalau betul tidak salah dia mempunyai kad pengenalan biru," katanya. - Bernama
------------------------------------------------------------
Kah...Kah....KENAPA JADI MACAM NI...????

Kah..Kah....BN DAH HILANG UNDI CINA & INDIA..KINI TAGIH UNDI SIAM PULAK...!!!

Kah...Kah...APA STATUS MASYARAKAT FILIPINA DI SABAH....???

Kah...Kah...APA STATUS MASYARAKAT INDO DI SELATAN SABAH...???

Kah...Kah...APA CERITA STATUS MASYARAKAT KEMBOJA DI DUNGUN....???

Kah...kah...APA CERITA STATUS MASYARAKAT MYANMAR DI PEKAN...???

Kah...Kah...AGAK-AGAK UNDI SIAM BOLEH MENANGKAN BN DI KELANTAN KE..???

Kah..Kah....PERGI LAH CHECK ORANG ASLI BERAPA RAMAI YANG TAK ADA IC...!!!

Kah..Kah....ORANG ASLI LAGI PURE BUMIPUTRA...!!!

Kah..Kah...KENAPA MASYARAKAT SIAM PULAK YANG JADI SASARAN..!!!

Kah...Kah...INI MESTI ADA SEBAB...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...MASYARAKAT SIAM PUN DAH PANDAI PILIH YANG MANA KACA DAN INTAN...!!!

No comments:

Post a Comment