Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 8, 2010

Satu untuk Kepala Bapak Engkau....Satu Untuk kepala Bapak Aku...!!!


Anifah: Brunei pemilik sah Blok L dan M -MKini

Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak, iaitu Blok L dan M, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac, tahun lepas.

Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

"Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.

"Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini," katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen.

"Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan menimbangnya...tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?"

"Apa yang dipersetujui Brunei pada prinsipnya ialah mengenai perkongsian...tidak kisah banyak manapun, tetapi paling penting ialah mereka menawarkan isyarat persahabatan, ia bukan tentang wang ringgit," kata beliau.

Terdahulu ketika menjawab soalan Anwar (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, Anifah menjelaskan elemen yang terkandung dalam pertukaran surat pemimpin kedua-dua negara, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat Malaysia-Brunei, adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Beliau juga menegaskan bahawa elemen itu juga tidak mengubah sempadan mana-mana negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei.

Pertukaran Surat itu mengandungi empat elemen penyelesaian bagi isu tuntutan bertindih antara Brunei dan Malaysia iaitu persempadanan maritim, aturan komersial, persempadanan darat serta akses maritim.

Anifah berkata pada masa ini, kedua-dua pihak sedang melaksanakan kesemua elemen penyelesaian seperti yang terkandung dalam Pertukaran Surat itu.- Bernama
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah...KENAPA LAH MENTERI KAT MALAYSIA NI SEMUANYA BANGANG BELAKE...!!!

Kah..Kah....RUPANYA P-RAMLIE DAH TAHU APA AKAN JADI PADA MALAYSIA PADA HARI INI...!!

Kah..Kah....PERGI MENYAMUN..LEPAS TU BAHAGIKAN HARTA...!!!

Kah..Kah....SERAH PADA ORANG..LEPAS TUNTUT SUPAYA KONGSI...!!!

Kah..Kah....KETUA PENYAMUN DIAM MEMBISU....SERAH JE PADA SARJAN BANGANG UNTUK JAWAB...!!

Kah..Kah...SERAH SAJA JOHOR PADA SINGAPURA...LEPAS TU MINTAK UNTUK BERKONGSI HASIL...!!

Woittttt...KENAPA TAK MINTAK SUPAYA PULAU BATU PUTIH SUPAYA DI KONGSI BERSAMA...???

Kah...Kah..INI SEMUA AGENDA UMNO DAN APCO NAK TIPU DAN MAMPUSKAN ORANG MELAYU...!!

Kah..Kah...NAK HARAPKAN GENG SONGKOK TINGGI...SEMUANYA TAK ADA TELUR...!!

Kah..Kah...NAK HARAPKAN PEMUDA LEMBUMNO...?? SEMUANYA LEMBIK MACAM PONDAN...!!!

Kah..Kah..NAK HARAPKAN PADA WANITA UMNO...SIBUK DOK SUSUKAN ANAK HARAM JE...!!!

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH....KEDAULATAN NEGARA WAJIB DI JAGA..BUKANNYA UNTUK DI JAJA...

No comments:

Post a Comment