Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 15, 2010

Bala Sedang Menanti Najib Dan Rosmah....!!!


POLIS PERANCHIS SEBUT NAJIB-ROSMAH KETIKA SOAL BALA – Merdeka Review

"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.

Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.
-------------------------------------------------------------
Woittttt.......POLIS PERANCIS CUMA NAK TAHU SIAPA DIA SI NAJIB..SIAPA PULAK SI ROSMAH...!!!

Kah...Kah......POLIS PERANCIS CUMA NAK CONFIRM..ADAKAH RAZAK BAGINDA DAN NAJIB RAZAK ADAKAH ORANG YANG SAMA...!!!

Kah...Kah.....POLIS PERANCIS cuma NAK PASTI..ADAKAH ROSMAH NI ORANG YANG SAMA MACAM DALAM IKLAN KAT NEW YORK POST TEMPOHARI...!!!

Kah...Kah.....JANGAN LAH KALUT...KALAU TAK BERSALAH..APA NAK TAKUT...!!!

Kah..Kah......INI PROSEDUR BIASA...EDISI SIASAT...MESTI KENA TANYA...!!!

Kah..Kah......BAGUSLAH..NASIB POLIS PERANCIS SUKA BERTANYA..NAK HARAPKAN SPRM..MEMANG TAKUT NAK TANYA...!!!

Kah..Kah.....POLIS PERANCIS MAHU KEPASTIAN..TAKUT NANTI TERSILAP TANGKAP PULAK..!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH...YANG HAK TETAP HAK..YANG BATHIL TETAP BATHIL...

No comments:

Post a Comment