Jul 16, 2010
Bodek Nak Mapus ( BONAMA ).....!!!!
Malaysia bertuah ada Rosmah yang banyak idea, kata Musa AmanMInsider
Malaysia bertuah kerana mempunyai isteri seorang Perdana Menteri yang mempunyai banyak idea dan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan memajukan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Komitmen Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu usaha kerajaan di bawah kepimpinan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendahulukan rakyat menampakkan hasil dengan pengwujudan program seperti Permata Negara, katanya.
“Kita dapat melihat matlamat program Permata Negara adalah untuk melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara.
“Kita juga perlu terus mendukung usaha Datin Seri Rosmah yang sentiasa prihatin dan memberi perhatian mendalam membela golongan kurang upaya yang merupakan antara rakyat yang perlu didahulukan,” katanya ketika merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2010 di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dan isteri Musa, Datin Seri Faridah Tussin, selaku Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Sabah (Bakisa).
Musa berkata isteri wakil-wakil rakyat turut berperanan mempereratkan ikatan kekeluargaan dalam BN.
“Meskipun mempunyai latar belakang yang berbeza mengikut negeri masing-masing, namun itu tidak menghalang untuk kita bersatu hati. Sesungguhnya, kita adalah 1Malaysia,” katanya.
Musa juga berkata program menghimpun isteri wakil-wakil rakyat seluruh negara untuk mewujudkan persefahaman, perpaduan dan semangat muhibah secara tidak langsung meningkatkan kewibawaan dan imej pemimpin serta kerajaan BN di mata rakyat. — Bernama
------------------------------------------------------------------
Woitttt.....KALAU NAK BODEK PUN....BIARLAH PATUT.....!!!!
Kah....Kah...KENAPA..??? DAH DAPAT HIDU KE..TAHU SIAPA YANG AKAN GANTI JADI KETUA MENTERI SABAH....???
Kah...Kah...ITU BELUM CUKUP...CAKAPLAH LAGI YANG ROSMAH ADALAH FIRST LADY OF MALAYSIA...!!!
Kah...Kah...TAMBAH LAGI....ROSMAH ADALAG SEORANG YANG JUJUR...JUMPA KOTAK MAT ARAB PUN TAK AMBIK...!!!
Kah...Kah...KALAU NAK SEDAP LAGI...CAKAPLAH YANG ROSMAH TAK TERLIBAT DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA...!!!
Kah...Kah...YANG POWER LAGI...BERITAHU SEMUA ORANG YANG ROSMAH ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA...!!!
Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...MINTALAH PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH..BUKANNYA SESAMA MAKHLUK...KALAU SESAMA MAKHLUK NAMANYA BODEK NAK MAMPUS....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment