Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 13, 2010

Tinggi-Tinggi Buih Di Lautan..Tinggi Lagi Impian Si BUIH......!!!

Cermin Lah Diri Dulu Bro...Barulah Bercakap...!!!

Malaysia, Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Bersama Piala Dunia -MStar

Malaysia dan Indonesia bersedia menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara berkenaan akan berusaha ke arah itu.

Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus, yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.

"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar pada satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.

"Tidak mustahil diadakan bukan sahaja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan)yang sesuai dan boleh difikirkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Ardi Malaranggeng di sini hari ini.

Dr Ardi berada di negara ini, sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini.

Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, gagal setelah pencalonannya ditolak oleh badan induk boleh sepak dunia, FIFA.
--------------------------------------------------------------

Kah...Kah.....MARI KITA KETAWA BERAMAI-RAMAI...KAH...KAH...KAH...!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH...TUNGGULAH SAMPAI BERBUIH....KAH...KAH...KAH....!!!

No comments:

Post a Comment