Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 6, 2010

Istana Air Mata....!!!!


Suhakam dilarang masuk tapak istana baru-MKini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dilarang daripada memasuki tapak pembinaan Istana Negara baru yang sedang dalam pembinaan ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Menurut pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah, pasukannya yang terdiri daripada empat anggota termasuk dua pegawai Suhakam dan pesuruhjaya James Nayagam - ditahan oleh pengawal keselamatan.

Suhakam diberitahu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kontraktor terbabit sebelum dibenarkan melawat pada waktu malam.

“Kami telah menghubungi kontraktor berkenaan Maya Maju Sdn Bhd dan diminta menulis surat kepada pengerusi mereka. Kami menghantar surat kepadanya pagi ini untuk memberitahu kami akan melawat lagi pada jam 9 malam ini tetapi belum mendapat jawapan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Suhakam mengambil keputusan melawat tapak berkenaan berikutan bidasan orang ramai mengenai nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur itu seperti yang disiarkan oleh The Star pada 27 Jun lalu.

Antara yang membimbangkan Suhakam adalah kerana terdapat dakwaan yang kanak-kanak pekerja asing itu tinggal di kawasan yang sempit, kotor dan dinafikan hak mendapat makanan.

“Meskipun tiada aduan rasmi dikemukakan, kita mempunyai mandat dan tanggungjawab bagi memastikan pencabulan hak asasi manusia tidak berlaku,” katanya.

Lewat petang tadi, Muhammad Sha'ani memaklum Malaysiakini bahawa kontraktor berkenaan telah memberitahu Suhakam tidak akan dibenarkan melawat tapak itu pada malam ini.

"Suhakam akan cuba melalui saluran lain,” katanya.
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah.....SIAPA SUHAKAM...??? TAK KENAL PUN....!!!

Kah...Kah.....MAAF ENCIK..SAYA HANYA MENGIKUT ARAHAN ENCIK...BOS CAKAP TAK BOLEH MASUK...!!!

Kah...Kah....SI SUHAKAM PUN SATU...NAK SIASAT APA LAGI....!!!!

Kah...kah....SEMALAM BERPELUH SI EZAM SENATAK BERITAHU...SEMUA GAJI DAH BAYAR...!!!

Kah..Kah....INI PROJEK SPECIAL...ORANG LUAR TAK BOLEH CAMPUR...!!!

Kah...Kah...TENDER PUN DI BERI SECARA RUBDING TERUS...!!!

Kah...Kah...KALAU TENDER TERBUKA...DAH LAMA KONTRAKTOR KENA BLACK LIST....!!!

Kah,...Kah...PASAL RUUNDING TERUS LAH..MAKIN LAMA HARGA JADI MAKIN MAHAL....!!!

Kah...Kah....DULU KOS HANYA RM 400 JUTA...SEKARANG DAH JADI RM 800 JUTA...!!!

Kah..Kah....INI LAH DIA ISTANA AIRMATA RAKYAT...RAKYAT SUSAH LANGSUNG TAK PEDULI..

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...DI AKHIRAT KELAK..SEMUA MANUSAI ADALAH SAMA SAJA...!!!

No comments:

Post a Comment