Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 26, 2010

Jangan......Benci Bilang Cinta...!!!


Adun Setiu: Kami hormati Muhyiddin, cuma mahu Umno pusat selesai masalah-MInsider

Salah seorang Adun di kawasan Parlimen Setiu yang tidak menghadiri persidangan perwakilan bahagian baru-baru ini menegaskan, tidak timbul soal beliau dan tiga wakil rakyat tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keempat-empat wakil rakyat itu tidak hadir majlis perasmian bahagian itu yang disempurnakan oleh Muhyiddin.

Adun Langkap, Asha’ari Idris“Saya secara peribadi telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, sudah menghubungi, sudah menelefon beliau bahawa tidak dapat menghadiri persidangan perwakilan, beliau (Muhyiddin) tahu kami tidak akan hadir,” kata Adun Langkap Asha’ari Idris.

Asha’ari yang dihubungi The Malaysian Insider menambah tidak timbul soal beliau dan Adun Permaisuri Abdu Halim Jusoh, Khazan Che (Batu Rakit) dan Ramlan Ali (Jabi) tidak menghormati Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno.

“Setahu saya, tiga Adun berkenaan juga telah memaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin yang tidak akan hadir mesyuarat bahagian itu,” katanya.

“Tidak timbul isu kami tidak menghormati Tan Sri Muhyiddin, beliau timbalan perdana menteri, kami sokong beliau,” katanya lagi.
--------------------------------------------------------------------
Woittt......CAKAPLAH...MASALAH APA YANG NAK DI SELESAIKAN....!!!

Kah...Kah...CAKAPLAH...KAMI NAK DERIH NATANG....!!!

Kah...Kah...CAKAPLAH TERUS TERANG...KAMI LUGA DENGAN MAT SAID....!!!

Kah...Kah...JANGANLAH KLUK-KLEK...JANGAN BUAT MAT SEMBAB PENING KEPALA...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH....HIDUP MESTILAH JUJUR...KALAU TAK SUKA CAKAP TAK SUKA..JANGAN PULAK BENCI TAPI BILANG SAYANG....ITU MUNAFIK NAMANYA...!!!

No comments:

Post a Comment