Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 27, 2010

Kenapa Perlu Berahsia...???


Kontrak pertahanan: Mengelakkan tatapan umum -MKini

Kongsi 0Bahagian kedua dalam siri laporan khas ini menggariskan tiga faktor utama yang menghalang perbelanjaan ketenteraan -- berjumlah RM180 bilion bagi tempoh 23 tahun lalu -- daripada tatapan umum dan dibincangkan.

Maklumat tidak didedahkan dengan alasan 'rahsia ketenteraan' dan 'keselamatan negara.'
Maklumat berkaitan harga terhad kepada pasaran pertahanan melibatkan banyak isu teknikal dan spesifikasi yang merumitkan proses penilaian dan perbandingan.
Walaupun kementerian pertahanan menetapkan peraturan dan mekanisme dalaman untuk mengelakkan berlakunya amalan luar aturan, tidak ada badan luaran yang bebas untuk menelitinya.

Penyelidik pertahanan Lam Choong Wah (kiri) berkata, perolehan dijalankan melalui tiga kaedah -- rundingan terus, tender terbuka dan sebut harga.

Lam yang merupakan bekas wartawan yang mendalami isu pertahanan, kini merupakan pengarang di portal pertahanan KL Security Review. Buku pertama tulisannya bertajuk 'Uncovering Malaysia's Defence' dijadualkan dilancarkan bulan depan.

Satu surat pekeliling oleh kementerian kewangan yang dikeluarkan pada 2007 menetapkan, tender perlu dibuka untuk semua perolehan kerajaan bernilai RM500,000 ke atas.

Rundingan terus pula merupakan kaedah yang paling tidak telus antara ketiga-tiganya, namun bilangan perolehan yang dibuat melalui proses ini semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lam menjelaskan, kaedah rundingan terus dibenarkan dalam keadaan tertentu -- apabilahanya satu syarikat yang menyediakan peralatan atau perkhidmatan berkenaan -- bagi menetapkan standard spesifikasi peralatan; keperluan darurat; dan juga berdasarkan pertimbangan strategi dan politik, seperti hubungan dua hala antara negara.

Menurut satu jawapan bertulis daripada kementerian pertahanan pada Mac tahun lalu, jumlah perolehan melalui rundingan terus hampir meningkat sekali ganda daripada sebanyak 52 pada 2006 menjadi 100 pada 2009.

Nilainya juga meningkat daripada RM2.1 bilion kepada RM4.4 bilion dalam tempoh berkenaan.
--------------------------------------------------------------
Woitttt......MANA DIA KETELUSAN......!!!

Kah....Kah...MANA DIA KEMELUSAN.....!!!

Kah...Kah....CAKAP MALAYSIA YANG TELUS LAGI MELUS.....

Kah..Kah.....APA INGAT MALAYSIA NI MAK BAPAK UMNO PUNYE KE...!!!

Kah..Kah.....AIMAN TAK KISAH....SEBAB SUKA SANGAT RUNDING TERUS...SENANGLAH NAK LETAK BERAPA KOMISENNYA...

No comments:

Post a Comment