Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 8, 2010

Bila Penipu Di Tipu....!!!

Zulklifi akui pernah menipu untuk tumbangkan BNMKini

Ahli parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mengakui bahawa beliau pernah melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,” kata MP Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

Nota :

Bagi Setengah orang memang dah jadi kerja dia ..suka menipu...
Bila suka menipu..maka tak payah orang suruh..dia sendiri akan reka cerita macamana nak menipu...
Tapi kadangkala si penipu tak sedar bahawa dirinya sebenar telah tertipu..
Bila Penipu dah sedar dia telah di tipu ..maka melalak lah menuduh orang lain pulak yang menipu...

No comments:

Post a Comment