Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 24, 2010

Sebab Rasuah..Subsidi Rakyat Kena Selaras...!!!


RASUAH RUGIKAN NEGARA RM10 BILION RINGGIT – Berita Hairan

Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.

Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.

“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

Nota:

Lihat dan baca betapa banyaknya
rasuah dalam negara ini
dari nak beli pensil
hingga ke kapal selam
semuanya rasuah

Dari JKKK di ulu kampong
hingga ke pegawai kelas A
semua terlibat amalan rasuah

Dari budak pejabat
hingga ke menteri
semua tahu amalan rasuah

Dari polis trafik
hingga ke KPN
semua tahu amalan rasuah

Dari pelajar sekolah pondok
hingga ke Mufti
semua tahu hal rasuah

Tapi semua buat buat tak tahu
semua dapat kuah
sikit pun ok
banyak lagi okay...Kah...Kah..Kah...


Nota Tambahan:

Kalau tak ada rasuah
Hopital boleh free
Sekolah boleh free
Tak perlu selaras harga gula

No comments:

Post a Comment