Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 5, 2010

Soal Politik Tiada Yang "Last Minit"



DUN Sarawak: Komponen Pakatan mula ‘teropong’ kerusi bakal ditanding-MInsider

Komponen Pakatan Rakyat (PR) telah diarah agar mengenal pasti kerusi-kerusi yang hendak ditandingi parti masing-masing pada pilihan raya negeri Sarawak, yang disebut-sebut bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Dewan Undangan Negeri Sarawak memperuntukkan 71 kerusi untuk direbut.

Ketiga-tiga parti dalam PR telah diminta mencadangkan kerusi pilihan mereka mengikuti pertimbangan masing-masing untuk dibincangkan secara terperinci oleh pucuk kepimpinan pakatan itu dalam waktu terdekat.

Jabatan atau jawatankuasa pilihan raya parti masing-masing akan membentangkan laporan mengenai aspek ini.

Nota :

Ini menunjukkan kerjasama erat telah terjalin di antara parti komponen dalam PR...
Perpaduan dan semangat setiakawan haruslah di uruskan lebih awal demi menuju matlamat yang sama iaitu mencapai kemenangan...
Keputusan siapa dan parti mana yang bertanding mestilah di terima oleh komponen parti bersandarkan ukhwah yang telah di semai...
Ini adalah proses biasa bila menjelang pilihanraya umum...
Ini juga membuktikan bahawa PR sudah melangkah ke era kematangan dalam berpolitik dalam usianya yang masih mentah banding dengan BN yang dahlanjut usia tapi masih belum menunujukkan kematangan...

No comments:

Post a Comment