Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 28, 2010

Sinar Keadilan Bukan Sinar Harian....Faham....!!!


Obor dirampas, edaran akhbar PKR ditambah -MKini

Kongsi 8Walaupun Obor Keadilan didakwa mula dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), PKR terus menerbitkan akhbar barunya setelah Suara Keadilan digantung bulan lalu.

Kali ini, Sinar Keadilan pula muncul dengan edaran lebih besar sebanyak 85,000 di seluruh negara - bertambah sebanyak 25,000 daripada edaranya biasa 60,000 naskhah.

Ketua pengarang akhbar parti itu Dzulkarnain Taib berkata, tindakannya meningkatkan edaran "akhbar tidak berkala" itu dibuat susulan daripada permintaan daripada ahli dan orang ramai.

"Daripada respons, ketiadaan Suara Keadilan amat dirasai oleh ahli dan orang ramai yang melanggan (akhbar itu)," katanya.

Nota :

Rakyat dah boleh pilih mana satu sumber berita yang betul dan palsu....
Rakyat amat dahagakan informasi yang telus dan tepat...
Rakyat bukan bodoh lagi...
Rakyat dah cerdik...
Rakyat hanya mahu yang benar semata-mata bukannya bohong...

No comments:

Post a Comment