Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 14, 2010

Ayoh Chik Ke Mekah Tunai Umrah...



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sempena bulan Ramadhan ini.

Beliau bersama isteri dan anaknya serta 60 anggota rombongan lain berangkat kira-kira jam 2.50 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Qatar Airways menuju ke Jeddah.

Menurut Setiausaha Politiknya Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Tuan Guru dijangka berada di sana selama dua belas hari bermula hari ini sehingga 24 Ogos ini bersamaan 14 Ramadhan 1431.

Sepanjang tempoh berada di sana, Tuan Guru turut akan mengikuti perkembangan politik terkini tanah air dari semasa ke semasa.

"Beliau (Abdul Hadi) akan menghubungi saya setiap hari untuk menanyakan perkembangan politik Malaysia," kata Samsuri ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Nota :

Doakan semoga TG Presiden Selamat Sampai di Mekah untuk mengerjakan Umrah bersama rombongan yang bersamanya...

No comments:

Post a Comment