Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 6, 2010

J Low Bermaksud " JUBUR LOW "...!!!


Jadi, siapakah Jho Low sebenarnya? -MKini

Kongsi 56Julai lalu, satu nama misteri "Jho Low" muncul dalam senarai individu yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikompilasi oleh akhbar Straits Times Singapura, dan sekaligus mendorong lebih ramai yang ingin tahu mengenai dirinya.

"Siapakah Jho Low?" ramai yang mungkin tertanya-tanya selepas membaca pengenalan ringkas yang menggambar dirinya sebagai "arkitek utama" Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah dana pelaburan bebas negeri tersebut.

Bagaimanapun, setahun kemudiannya, 'Jho Low' menjadi selebriti terkemuka Malaysia ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood Paris Hilton, menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Nama sebenarnya ialah Low Taek Jho, atau biasanya dikenali sebagai Jho atau Jho Low. Jejaka berusia 28 tahun ini adalah anak kelahiran Pulau Pinang kepada jutawan Larry Low.

Semakan Malaysiakini menunjukkan Low sudah mendapatkan tempat di kalangan tokoh perniagaan tempat sejak dua tahun lalu, ekoran hubungan rapatnnya dengan pelabur dari Timur Tengah.

Selain TIA, yang kini dikenali dengan nama 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau memainkan peranan utama dalam UBG Bhd - syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Faktor 'J Low'

Pengambilalihan UBG Bhd oleh sebuah syarikat Arab Saudi - PetroSaudi International Ltd - tujuh bulan lalu, telah mencetuskan lagi spekulasi mengenai pengaruh luas Low.

PetroSaudi telah membentuk usahasama Mei tahun lalu, dengan 1MDB untuk melabur AS$2.5 bilion dalam sektor tenaga. Ada pihak menanggap, pengambilalihan UBG oleh PetroSaudi ini ada kaitan dengan usaha niaga dengan IMDB.

The Star dalam laporannya pada 8 April menyebut, kesemua usaha niaga ini melibatkan Low, yang disifatkan sebagai faktor "J Low."

PetroSaudi bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa urusniaga UBG Bhd itu berkait dengan usahasamanya dengan 1MDB.

Nota :

1MDB sebenarnya di tubuhkan hasil daripada duit Royalti Minyak Terengganu...
Pada era Derih Jusoh...Wang Royalti ini telah di uruskan oleh Terengganu Investment Corporation ( TIC )...
Objektifnya ialah untuk menjana pendapatan dari hasil duit royalti ini khusus untuk rakyat Terengganu...
Namun segalanya hanya tinggal nama saja..akhirnya Najib telah menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad ( 1MDB )dengan modal pelaburan di percayai hasil duit royalti minyak negeri Terengganu dan juga Kelantan untuk seluruh rakyat Malaysia....
Duit yang sepatutnya di nikmati oleh rakyat Terengganu atau Kelantan Khususnya...Malaysia amnya....tapi malang hanya dapat di kecapi oleh segelintir manusia yang rapat dengan PM termasuklah Si "Jubur Low" ini....!!!

No comments:

Post a Comment