Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 10, 2010

Masuklah UMNO...Tapi Undi Tetap PAS.....!!!


194 AHLI, PENYOKONG PAS KELANTAN SERTAI UMNO – Berita Hairan

Akibat kecewa dengan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membantu menyelesaikan masalah rakyat dan menunai janji yang dibuat, 194 ahli dan penyokong parti itu di sini, memohon menyertai UMNO, malam kelmarin.

Pemborong, Zulkifli Jaafar, 44, yang sudah 20 tahun menjadi ahli PAS, mendakwa mengambil tindakan keluar parti itu diambil kerana merasakan rakyat Kelantan semakin terpinggir, manakala pemimpin kerajaan negeri sekadar pandai berjanji kosong.

Katanya, sebelum ini ada penduduk kampung meminta pemimpin PAS supaya menghulurkan bantuan berhubung masalah jeti untuk kemudahan penduduk setempat, namun sampai sekarang tiada sebarang perkembangan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perkara itu disuarakan kepada pemimpin UMNO, masalah berkenaan segera diatasi dan jeti di Kuala Pak Amat kini memberi manfaat kepada penduduk daripada 13 kampung sekitarnya.

Mustapa Mohamed menerima borang keahlian mereka pada majlis ‘Selamat Tinggal PAS’ di Kampung Pulau Tukang Dollah di sini. Majlis itu disaksikan kira-kira 1,000 penduduk kampung itu.

APA SEBENARNYA :

Berita ‘194 keluar PAS, masuk Umno’ disiarkan hampir kesemua media cetak berbahasa Melayu hari ini. Namun timbul persoalan siapa yang tertipu dengan lakonan di Pulau Tukang Dollah malam kelmarin.

Mustapa Mohamed terperangkap dengan taktik Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin apabila tiada seorang pun ahli PAS menyertai Umno di majlis berkenaan.

Sebenarnya apa yang berlaku, mana-mana penyokong Umno yang belum mendaftar di bahagian Pengkalan Chepa dikutip kad pengenalan dan diisi dalam borang permohonan menjadi ahli Umno.

Penghulu Pulau Pak Amat, Mohd Nor Dollah berkata, tiada seorang pun ahli PAS yang dikatakan menyertai Umno di majlis yang dihadiri Mustapa.

“Saya sudah membuat semakan dengan penduduk tempatan dan berbincang dengan beberapa pihak termasuk penghulu Pulau Panjang, tiada seorang pun yang disahkan sebagai ahli PAS menyertai Umno di Pulau Tukang Dollah.

“Beberapa nama yang disebut dalam akhbar bukan ahli atau penyokong PAS. Seorang yang bernama Zulkifli difahamkan berasal dari Tanah Merah.

“Manakala Abdul Rahmat pula tiada rekod sebagai ahli PAS. Malah saya diberitahu mereka yang hadir di majlis berkenaan sekitar 70 orang,” katanya di sini.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan seramai 194 ahli PAS keluar parti itu dan menyertai Umno pada satu majlis yang diadakan di Pulau Tukang Dollah.

Pada majlis itu kesemua penyokong Umno terbabit memegang banner yang bertulis ’Selamat Tinggal PAS berlambang dacing. Turut kelihatan dalam gambar Mustapa, Dali dan seorang penceramah Umno dari Tumpat.

Mohd Nor berkata, Umno bahagian terbabit difahamkan mengutip nama penyokong Umno dari beberapa kampung termasuk Parang Puting, Pulau Panjang, Taman Seri dan Pulau Dollah Tukang untuk diisi dalam borang keahlian Umno.

Katanya, penduduk memberitahu penyokong Umno yang belum menjadi ahli diminta mengisi borang keahlian untuk diserah pada satu majlis kepada Mustapa.

”Bagaimanapun ramai terkejut kerana penyokong Umno yang mengisi borang menjadi ahli tiba-tiba diisytiharkan pada majlis tersebut sebagai bekas ahli PAS.

”Ramai mereka terkilan kerana dipermainkan Umno Bahagian Pengkalan Chepa. Mereka tidak pernah menjadi ahli PAS. Ramai yang malu dengan tindakan tersebut,” ujarnya yang juga bekas aktivis Semangat 46.

Beliau juga mendakwa Umno bahagian Pengkalan Chepa masih lagi menghantar surat jemputan mesyuarat kepadanya biar pun sejak 1990 sudah meninggalkan Umno.

Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Azmi Nor berkata, Umno bahagian berkenaan sudah bankrap idea apabila terpaksa mengulang tayang taktik lama sehingga diketawakan orang kampung.

Katanya, orang kampung tahu mana penyokong PAS atau Umno di tempat mereka.

”Namun dalam kes di Pulau Tukang Dollah kelihatan seperti ada pihak yang diperbodohkan semata-mata untuk mendapat publisiti murahan dalam media,” katanya.

(Ini adalah laporan orang dalam)

Nota:

UMNO sudah terok
Sampai kiamat pun UMNO tak akan dapat tawan kelantan
Ini memang betul betul natang bewok Kah...Kah....Kah

No comments:

Post a Comment