Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 28, 2010

Air Liur UMNO Dah Mula Meleleh......!!!


Saingan Sengit Wanita Pemuda Umno & Bahagian

Berita pemergian Chek Hashim, walaupun disambut dengan kesedihan oleh ahli dan penyokong PAS, , ada pihak yang menunggu-nunggu berita tersebut sekian lama.

Sejak kedengaran khabar allahyarham Che Hashim sakit pada tahun 2009, sekurang-kurangnya tiga pihak dalam Umno bahagian Gua Musang yang telah bersaing bagi merebut tempat untuk bertanding.

Antara tokoh yang paling menonjol adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang pastinya akan membawa suara wanita Umno seluruh Kelantan bahkan seluruh Malaysia ke pedalaman Gua Musang itu.

Selain Wan Hazani, Ketua Pemuda Bahagian Bazlan Baharuddin dilaporkan telah mengorak langkah awal, mendekati pengundi dan berkempen secara kecil-kecilan, sejak berita Allahyarham Chek Hashim mengidap barah kritikal tahun lalu.

Bazlan yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sudah tentu akan membawa lobi pemuda Umno Malaysia yang sudah lama hanya sayup-sayup kedengaran

Namun, sudah pasti orang lama Umno yang cukup terkenal, yang juga Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ada suara tertentu yang tidak boleh dotolak olek kepimpinan Umno Malaysia.

Nota :

Bagi UMNO mereka perlu bersaing untuk menjadi calon pilihanraya...
Ini membuktikan kepada kita bahawa..Menjadi YB pada pesepsi UMNO adalah untuk menjdi kaya raya...
Matlamat mereka bukanlah untuk membela masyarakat di situ...
Kita tunggu dan lihat...siapa yang akan di calonkan UMNO mewakili mereka...
Kita juga akan tengok budaya "Cah Keting" sudah mesti akan berlaku...
Berapa banyak Bangsal protes yang akan di wujudkan...

No comments:

Post a Comment