Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 9, 2010

Beruk Bekeng VS Katok Gomok...!!!


IBRAHIM TERUS TIBAI MENANTU DOLAH

Mengenai kenyataan terbaru Khairy, yang melihat Perkasa menjadi asas menurunnya undi kepada BN, Ibrahim sekali lagi membidas dengan menyifatkan Ketua Pemuda BN itu “cakap macam orang tak ada akal dan orang gila.”

“Perkasa baru tubuh selepas pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya umum ke-12, BN kalah teruk sebab orang membenci beliau (Khairy),” kata beliau merujuk kepada berita bertajuk “KJ: Perkasa punca BN hilang undi”.

Ibrahim mengetengahkan hujahnya bahawa Perkasa ditubuhkan sebab tidak mahu Melayu berpecah.

Sambil menyifatkan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno sebagai pemimpin “bernafsu besar tapi dah hilang taring”, Ibahim menambah, “orang membenci Pak Lah ( Abdullah Ahmad Badawi) sebab Khairy mengawal Pak Lah... kalau Perkasa tubuh sebelum pilihan raya ke-12 ada logik.”

“Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy,” katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita yang disiarkan semalam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau masih yakin ahli-ahli Perkasa tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan memberikan undi pada Umno.

“Jadi kesan politik Perkasa kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu,” katanya.

Selain itu kata beliau, sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan Perkasa sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

“Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan Perkasa, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (Perkasa) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya,” jelas Khairy.
----------------------------------------------------------
Kah...Kah...INI LAH YANG KITA MAHU LIHAT.....

Kah...Kah...BETUL....MEMANG BETUL APA KATA BRAHENG NI.....

Kah...Kah...UNDI BN HILANG KERANA MENANTU DOLAH.....

Kah...Kah...BETUL.... MEMANG BETUL KATA MENANTU DOLAH.....

Kah...Kah...UNDI CHINA TURUN KERANA PERKASA.....

Kah...Kah...DUA DUA PUN BETUL....DUA DUA KITA SOKONG......

Kah...Kah...BAGI DUA DUA GADUH LAGI....BALING LAH KERUSI BARU REAL....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....DUA DUA EKOR NI SAMA SAJA..2 X 5..5 X 2...KAH...KAH...!!!

Nota:

Bila menantu dolah kutuk Braheng
Ini ertinya menantu dolah kutuk madey
Kah...Kah...Kah...

No comments:

Post a Comment