Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 18, 2010

Hati- Hati...Dajjal Sudah Turun....!!!!


BN lantik pegawai khas urus daftar pemilih di K'tan- MKini

BN Kelantan akan melantik seorang pegawai khas untuk mengurus pendaftaran pemilih baru daripada kalangan anggota dan penyokong parti komponen, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pegawai khas itu juga akan dilantik di peringkat parti bagi mengendalikan kerja-kerja mendaftar pemilih daripada kalangan anggota parti yang belum didaftar sebagai pemilih.

"Diharap dengan pelantikan seorang pegawai khas yang mengurus daftar pemilih dapat menambahkan bilangan daftar baru kalangan anggota parti-parti komponen," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kelantan ketiga di Kota Baharu, hari ini.

Mesyuarat tiga bulan sekali itu dihadiri oleh semua pemimpin parti komponen Kelantan termasuk wakil masyarakat Siam.

Mustapa berkata sebelum ini bilangan pendaftaran daripada kalangan anggota parti komponen kurang memuaskan dan berharap dengan pelantikan pegawai itu yang mengendalikan kerja-kerja daftar pemilih dapat menambah bilangan anggota yang layak berdaftar sebagai pemilih.

Beliau juga berkata mesyuarat hari ini memutuskan semua pimpinan wanita parti-parti komponen mengadakan program bersama dan turun ke padang bagi memperjelaskan isu-isu semasa kepada anggota parti dan orang ramai.

"Sebelum ini masing-masing mengadakan program secara persendirian dan mulai akan datang semua program diadakan secara bersama dan turun ke bawah," katanya.-Bernama

Nota :

Wahai Orang Kampung....Kenalilah jiran anda....
Pastikan anak beranak dan keluarga mendaftar mengundi...
Pastikan juga mereka mengundi bersama anda....
Hati-Hati wakil Dajjal dah datang....
Jauhkan mereka dari kaum keluarga anda....
Kah...Kah...Kah.....!!!!

No comments:

Post a Comment