Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 22, 2010

Kurang Tahu Agama Punca Rakyat Jadi Jahat....!!!

Ini Memang Sah Peminat Setia & Taksub Pada Filem Batman & Superman....

HARAMKAN TAYANG FILEM TAMIL YANG PUNYAI KEGANASAN MELAMPAU – BH

Jangan hanya tapis tetapi haramkan filem dan drama Tamil yang mempunyai adegan keganasan melampau".

Itu adalah gesaan yang dibuat oleh pemimpin masyarakat dan ahli akademik yang bimbang dengan peningkatan gengsterisme di kalangan belia India di negara ini. Presiden Malaysia Hindu Sangam, R.S. Mohan Shan, berkata sesetengah filem Tamil menunjukkan belia cara untuk terlibat dalam jenayah, dengan ada antara kaedah yang digunakan sebenarnya tidak berlaku dalam dunia nyata.

"Semua itu sebenarnya hanya untuk hiburan...tetapi memandangkan belia India kita sangat terpengaruh dengan filem, mereka ingin meniru aksi itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata apa yang paling merisaukan ialah drama Tamil yang disiarkan di televisyen tempatan dan diimport dari India juga mula menunjukkan unsur negatif seperti gengsterisme, tidak seperti sebelum ini.

Nota:

Masih ada lagi yang percaya alasan bodoh ni....
Bahawa filem akan mempengaruhi tingkah laku manusia....

Kalau betul teori ini maka negara kita lah yang paling aman dalam dunia
Filem dan drama tv kita bukan main bersopan santun...
Drama dan filem kita bukan main berbudi bahasa...

Tiap malam ada macam macam filem & lagu perpaduan ditanyangkan
tapi semua hampeh tak ada siapa yang nak ikut...

ertinya tingkah laku dan perwatakan manusia bukanlah kerana pengaruh filem atau tv

Kenapa...??? Tak percaya ke...?
Sila tanya razak baginda apakah dia telah menonton filem tamil...?
Polis tamil sekarang dah baik banding polis Malaysia...
Inspektor Sahab dah tak makan rasuah lagi....
Kah.....Kah.....Kah...!!!

No comments:

Post a Comment