Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 2, 2010

Perak Semakin "Kotor" Di Bawah UMNO/BN...!!!


Raja Nazrin tinjau kawasan pembuangan sampah haram-Berita Hairan

IPOH: Prihatin dengan aduan rakyat, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, membuat kejutan dengan mencemar duli meninjau kawasan jalan pintas Rapat Setia ke Ampang berhampiran Taman Rapat Koperasi, dekat sini yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram sehingga menimbulkan rungutan orang ramai.

Dalam tindakan yang dianggap tidak pernah dilakukan sebelum ini, Raja Nazrin turut meninjau kawasan berhampiran Taman Pinggir Rapat Perdana di sini yang didakwa sering tercemar dengan kejadian pembakaran terbuka sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk di taman perumahan berhampiran. Baginda meluang masa kira-kira 25 minit meninjau di kedua-dua kawasan itu petang tadi dan meminta Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, untuk segera menangani masalah itu. Raja Nazrin nyata kesal kerana masih ada kawasan sekitar bandaraya ini yang kotor dan tidak terurus sehingga menimbulkan pencemaran serta aduan penduduk.

Baginda kedengaran memberitahu Roshidi yang turut serta dalam tinjauan itu: "Orang komplen mengenai sampah di sini."

Kawasan di kiri dan kanan sepanjang jalan pintas tanah merah itu penuh dengan sampah sisa bahan binaan, perabot terbuang, rumput kering dan sampah sarap lain.

Raja Nazrin turut melihat sebuah binaan usang berdinding zink lusuh di kawasan berkenaan dan meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuat pemeriksaan sama ada ia dibina secara sah atau haram. "Cuba periksa binaan ini sama ada ia dibina secara haram," titah baginda.

Dalam tinjauan di kawasan berhampiran sebuah tasik berhampiran bukit batu kapur di belakang Taman Pinggir Rapat Perdana pula, Raja Nazrin meminta MBI memeriksa dakwaan bahawa sering berlaku pembakaran terbuka sehingga menyebabkan pencemaran kepada penghuni taman perumahan berdekatan.

Pada masa sama, baginda turut meminta MBI memeriksa sebuah struktur bangunan berdekatan tasik itu sama ada ia dibina secara sah atau tidak.

Tindakan Raja Nazrin itu turut mengejutkan penduduk taman perumahan berhampiran yang keluar beramai-ramai melihat kehadiran baginda.

Turut serta ialah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.
---------------------------------------------------------------

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....KALAU ASPEK LUARAN PUN DAH KOTOR...ASPEK DALAMAN MASYAALLAH...HANYA TUHAN YANG TAHU....KAH...KAH...KAH...!!!

No comments:

Post a Comment