Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 25, 2010

Zunar Tawar Bantu UMNO/BN Atasi CARTOON-O-PHOBIA...!!!


Najib tawar bantu Obama atasi Islamophobia -MK

Kongsi 0Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menyuarakan perkara itu kepada Presiden Barack Obama semasa mencelah dalam mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-Amerika di kotaraya New York pada Jumaat.

Malah Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Obama kerana pendirian tegasnya terhadap cadangan seorang paderi di Florida untuk membakar kitab suci Al-Quran yang akhirnya membatalkan hasratnya.

Sungguhpun mesyuarat itu lebih berkisar soal perdagangan, keselamatan dan isu serantau, Najib sempat menarik perhatian Presiden Obama mengenai peningkatan fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat kebelakangan ini.

Ensiklopedia dalam talian Wikipedia mentafsirkan Islamophobia sebagai ketakutan atau kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya.

"Langkah paling penting ialah memberi kefahaman asas mengenai agama Islam bahawa ia membawa nilai-nilai sejagat dan selari dengan konsep pemodenan dan agama yang progresif.

"Islam juga dapat menjamin hak, bukan sahaja orang Islam tetapi juga hak bukan Islam," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerjanya selama enam hari di New York.

Fobia itu meningkat ekoran cadangan pembinaan pusat Islam dan sebuah masjid di tapak "Ground Zero" iaitu lokasi serangan pada 11 September, 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia New York.

Nota :

TERKINI DARI FB ZUNAR : Saya akan ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Hasutan

Zunar bakal di tuduh kerana menghasut orang ramai untuk ketawa...
Kah....Kah....Kah....

No comments:

Post a Comment