Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 14, 2010

Promosi Hebat UMNO Kelantan....!!!

Umno janji air bersih jika berjaya tawan Kelantan -MKini

Masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata ini berpunca kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

"Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan," katanya kepada pemberita di Bachok, semalam.

Awang Adek, yang juga timbalan menteri kewangan, mendakwa walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka.

Awang Adek berkata sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk.

Beliau berkata memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi.- Bernama
----------------------------------------------------------------
Kah....Kah......INI PROMOSI JUALAN HUJUNG TAHUN KE...???

Kah...Kah.....INI MENUNJUKKAN PRU 13 DAH DEKAT DAH....!!!

Kah...Kah.....MANA PEGI SLOGAN....18 TAHUN PADE DOH....!!!

Kah...Kah.....INGATKAN NAK BERI AIR PERCUMA...KALAU SETAKAT AIR BERSIH...TAK PAYAH LE...!!!

Kah...Kah....HABIS TU SELAMA NI RAKYAT KELANTAN MINUM AIR KOTOR KE...???

Kah...Kah....KALAU AIR KOTOR...MACAM MANA NAK MINUM..?? MACAM MANA NAK SEMBAHYANG...???

Kah...Kah....PERANGAI UMNO MEMANG MACAM TU...HARI-HARI MAU TIPU...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....RAKYAT KELANTAN DAH NEKAD...KAWE TOK SIR DOH UMNO...JAHAT BEDO'OH LALU...KECEK PUN NOK MENIPU SEMACE...KAWE SUKO TOK GURU PERINTOH...SEMAYE PUN JEMOOH SOKMO DOH LE NING...

No comments:

Post a Comment