Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 7, 2010

Ahli UMNO Bangga Dok Metangkedarah Duit Haram....!!!


Haram Berihsan Dengan Duit Orang Lain - Harakahdaily

KOTA BHARU, 6 Sept: Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang.

“Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenytaan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.

Katanya, pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang.

Menurutnya, ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Jelasnya lagi, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan.

Beliau berkata, amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut:

a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar.

Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar.

Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun. Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang.

Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan?

Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.

“Itu cara orang ikhlas.

“Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.

Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Akhirnya, katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

“Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

“Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya.

Nota :

Ahli UMNO berbangga bila dapat duit Ehsan....
Tapi kadang-kadang kesian bila melihat telatah mereka...
Yang paling sibuk ialah JKKK....
Sibuk dok pilih anak beranak..kaum kerabat...
Yang memang betul layak di cantas..di buang...
Alasan mereka...Mereka bukan pengundi kita...
MasyaAllah...mereka tak sedar itu duit haram...
Duit kepunyaan seluruh rakyat...
Namun oleh kerana kejahilan..ketamakkan..kerakusan...
Duit Ehsan di bahagikan secara yang zalim...
Allah berpesan...Jangan kamu hampiri benda yang syubahah..apatah lagi haram...
Kelak kamu akan di sambar api neraka Allah...Wanauzubillah...!!!

No comments:

Post a Comment