Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 25, 2010

Lawan Tetap Lawan....!!!!


KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi ini, 25 Oktober, membenarkan saman Bekas Setiausaha PAS Kemaman Haji Hanafiah Mat meneruskan samannya terhadap Ketua Polis Kemaman, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Haji Hanafiah Mat ketika ditemui diluar mahkamah memberitahu Buletinonline, beliau dimaklumkan oleh peguamnya Tetuan Haris & Co, mahkamah yang mendengar bicara Writ kes tersebut telah membenarkan perbicaraan diadakan.

"Hakim telah memberikan kebenaran untuk kes dibicarakan,"kata Haji Hanafiah.

Menurutnya, pihak beliau yang menuntut gantirugi sebannyak RM1.5 juta kerana penahanan tidak sah dalam kes tersebut akan mengemukakan tiga saksi; beliau sendiri, bekas Timbalan Yang diPetua PAS Kemaman (kini YDP), Ismail Harun dan bekas Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang.

Turut hadir memberikan sokongan moral adalah Haji Yahya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu.

Nota :

Lawan tetap lawan....
Beurndur jauh Sekali....
Sama tetap akan saman....
Baru kita tahu sapo hok jahat sengoti....

Allahuakbar...Allakhuakbar....!!!!

No comments:

Post a Comment