Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 19, 2010

Mari Kite Makang Ikang Singgang....!!!

Ikang Singgang memang Sedak....!!!

19 RESOLUSI KONVENSYEN UMNO TERENGGANU – BH

Usaha memastikan UMNO kekal relevan untuk meneruskan agenda memperjuangkan nasib serta masa depan rakyat khususnya ke arah memartabatkan bangsa, agama dan negara adalah antara 19 resolusi dicapai pada Konvensyen UMNO Terengganu, berakhir kelmarin

Antara resolusi lain ialah:

kesinambungan pengisian kemerdekaan mesti diteruskan oleh generasi sekarang demi mempertahankan ketuanan Melayu;

Tonggak kekuatan Melayu di bumi warisan ini disokong oleh UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.

Justeru, UMNO perlu terus relevan dan dominan demi meneruskan kelangsungan kuasa dan tampuk pemerintahan di Terengganu;

Selaras dengan gagasan dan semangat 1Malaysia, kestabilan politik Terengganu menjadi wadah kepada agenda perjuangan Melayu ke arah mencipta masa depan anak bangsa yang lebih berdaya saing untuk membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat;

Dalam usaha memastikan hasrat memperkasakan kepemimpinan negeri Terengganu pada peringkat nasional tercapai, kepemimpinan pusat sewajarnya menambah bilangan Ahli Parlimen Terengganu dalam barisan Kabinet Malaysia;

Kerajaan negeri hendaklah meneruskan strategi merakyatkan pembangunan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan seperti E-book.

Nota :

Resolusi ini semuanye lebong belake...
Hanya satu yang boleh dipakai...resolusi tentang e-book
Projek beri e-book pada anak sekolah...
Projek yang besar lagi mahal...tujuh puluh juta ringgit...!!
Hok ning hok betul....
Projek tibang pitih rakyat...
Projek metangkedarah pitih rakyat....
Rakyat dapat e-book...sengih macam lembu buleh naik lori...
Rakyat dok sedor..bahawa dia kena lebong....
ini baru betul...Tiada halangan hanyalah peluang...
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment