Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Oct 9, 2010

PAS Akan Tentang Habis-Habisan Kezaliman UMNO/BN....!!!


KEMAMAN - PAS berikrar akan terus menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun, penentangan dan perbalahan PAS-Umno/BN itu bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi perbezaan dasar dan perjuangan.

Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik berkata kedatangan Islam di dunia ini adalah bagi menyelesaikan segala masalah dan kekusutan umat.

“Apa pun kezaliman yang dibuat terhadap PAS dan penindasan terhadap negeri Terengganu suatu ketika dahulu dengan ‘rampasan’ royalti minyak.

“Kezaliman mereka (BN) terhadap kerajaan PAS Kelantan dan Kedah, penindasan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. PAS akan bangkit menentangnya. Insya’Allah, rakyat akan bersama kita (PAS) dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman di Pekan Kemasek, Kemaman pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, PAS bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendakwa Umno dan Barisan Nasional telah bertindak zalim dengan ‘merogol’ dan ‘merampas’ kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Justeru itu, katanya kezaliman yang dilakukan oleh Umno-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat akan ditentang sepanjang masa.

“Kita (PAS) bercakap soal sambutan Jubli Emas adalah soal perjuangan. Perayaan itu adalah keceriaan dalam berorganisasi.

“Penegasan kita (PAS) soal Barisan Nasional (BN) dan bukan kerana kita (PAS) semata-mata hendak memusuhi parti (Umno-BN) ini.

“Kita (PAS) berbalah dengan Umno-BN bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi kerana dasar dan perjuangan,” ujarnya.

Ustaz Abu Bakar menegaskan bagi melaksanakan dasar Islam yang diperjuangkan itu PAS menyertai pilihan raya kerana dibenarkan oleh agama.

Nota :

“Bagi melaksanakan dasar Islam itu kita (PAS) menyertai pilihan raya yang dibenarkan oleh agama kita (Islam).

“Pilihan raya ini ada prinsipnya, kita (PAS) menyertainya di atas dasar kita (PAS) memberikan kepada rakyat peluang menyokong kita (PAS).

No comments:

Post a Comment