Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 4, 2010

Awas...!!! Bayar Zakat Adalah Satu Jenayah.....!!!


PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz -MK

PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli kelmarin.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris (tengah, foto bawah) di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.

Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama dan keluar pada kira-kira sejam kemudian.

Bercakap kepada media selepas itu, Fauzi berkata, laporan berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan SPR bahawa ia tidak boleh disiasat sekiranya tiada laporan dibuat.

"Laporan polis telahpun diterima jadi (polis) perlu siasat sama ada ianya melanggar akta pilihan raya kerana sumbangan ini diberi dan hadir sama ialah calon pas pada ketika itu.

"SPRM juga perlu siasat sama ada penerima sumbangan tersebut ialah pengundi dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok," katanya kepada media.

Sementara itu, Irwan Fahmi Ideris pula berkata, bukti berhubung sumbangan tersebut boleh dilihat di dalam gambar yang disiarkan akhbar hari ini

"Kita nampak secara terang dan juga secara jelas ada menunjukkan pemberian diberikan.

"Calon pun ada juga dalam program ini. Ini menunjukkan seperti memancing undi.

"Kita berharap juga supaya tidak ada penyelewengan dan salah guna kuasa yang dibuat oleh menteri besar Kelantan," katanya.

Nota :

Jeng...Jeng...Hero Melayu terakhir sudah mari....!!!
Apa khabar Sdr Braheng Ali....Sudah sihat ke...???
Jantung dah ok ke...???
Bacaan meter kencing manis dah turun ke...???
Kaki masih terasa kebas lagi ke...???
Mata dah tak berair lagi ke...???
Ohhh...Semuanya dah ok...patutlah buat repot polis....
Ye lah...Kalau jahil pun janganlah tunjuk kat orang....
Nanti orang cakap perkasa bangang...Sdr Braheng kecik hati pulak....
Biarlah UMNO bodoh sorang-sorang....
Jangan ikut jadi bodoh macam UMNO....
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment