Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 23, 2010

PR Mesti Berprinsip....Jangan Jadi Terompah Macam UMNO...!!!


NEGERI PAKATAN TIDAK AKAN BERSAMA DALAM PRU 13 – HD

Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

MB SELANGOR : TIDAK PERLU PILIHANRAYA DUN AWAL - MI

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak nampak perlunya diadakan pilihan raya negeri itu dalam masa terdekat kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya berpandangan pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Nota:

Ini baru betul
UMNO ajak main bola...kita ajak main sepak raga
UMNO kata main pada tiga haribulan..kita kata kita main pada tujuh hari bulan
UMNO kata main pada pukul dua belas tengah hari....kita kata maian jam lapan malam

Jangan ikut ajenda gerombolan...
Mandat telah diberi selama 5 tahun....
Gunakan mandat ini sepenuhnya....

Tapi waspada dan berjaga-jaga...
Kalau nak tahu siapa sebenarnya musuh dalam PR..??
Kita lihat nanti – akan ada suara dalam PR yang meminta untuk piliharaya DUN disamakan dengan tarikh yang diumumkan oleh BN...
Mereka akan berhujah bermacam macam....
Tak cukup duit...tak ada masa laa...
Mereka inilah sebenarnya anai-anai & musuh PR...
Mereka bijak dan pandai bermain silap mata...
Kita lihat dan nantikan kelibatnya pasti akan muncul...!!!

No comments:

Post a Comment