Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 10, 2010

Robin Hood Dah Muncul Di Sarawak....!!!


Taib: Saya ada wang lebih daripada apa boleh dibelanja -MK

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah dirakamkan sebagai berkata beliau memiliki sejumlah kekayaan yang keterlaluan dan juga menawarkan ratusan ringgit kepada setiap rumah panjang di video yang dipercayai dirakamkan semasa kempen pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei lalu.

Menurut sari-kata di laman sesawang Youtube yang memuat-naikkan video berkenaan, kenyataan Taib dibuat semasa ucapannya pada 13 Mei ini kepada penduduk rumah panjang di Sungai Aup, kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari pusat bandar Sibu.

Laman sesawang anti-Taib Sarawak Report, yang menterjemahkan ucapan ahli politik veteran BN itu menaburkan janji-janji pilihan raya tanpa menyedari bahawa masa dan teknologi sudah berubah.

Menurut Sarawak Report transkrip ucapan Taib di mana beliau menggunakan bahasa Melayu dan juga Inggeris, ketua menteri itu cuba memujuk penduduk bahawa beliau tidak memperdulikan hal lain kecuali kepentingan rakyat.

Malah, beliau juga sanggup mengorbankan kekayaannya demi rakyat, memandangkan beliau mempunyai kekayaan yang melebihi keperluan dirinya, di samping berada di bawah jagaan anak-anaknya.

“Tujuan saya hanyalah untuk rakyat. Saya ada wang melebihi daripada apa yang saya boleh belanja. Saya tidak peduli pasal wang. Semua anak saya sudah dijaga, jadi saya memberikan kamu sesuatu yang baik,” kata Taib.

Nota :

Ya ampoon....Tolonglah.....
Mintak tolong sangat-sangat....
Walau macamna sekali pun.....tolonglah....
Kut mana-manapun...kena tolong jugok kali ning...
Tolong letak dalam hati.....
Bukan sunat lagi...tapi dah jadi hukum wajib dah....
Tolong supaya jangan undi Natang bewok ni lagi...
Undi lah siapa saja asalkan jangan undi Bewok Kabut Ni...
Terima banyak-banyak kasih kepada rakyat Sarawak....!!!!
Kerana berani buat perubahan....!!!

No comments:

Post a Comment