Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 30, 2010

Cakap Degar-Degar...Taik Atas Kepala...!!


dari arkib utusan : 15/12/2002
USAH KETEPIKAN HAK BUDAK MANGSA ROGOL

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim mengingatkan mana-mana pihak yang membantah keras cadangan hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak supaya tidak mengetepikan hak dan kepentingan mangsa.

Sehubungan itu, beliau membidas pandangan pihak tertentu kononnya hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak akhirnya akan menyebabkan mangsa dibunuh oleh pelakunya bagi menghapuskan bukti dan saksi.

Tegas beliau, pandangan itu hanya bersifat teoritikal tanpa disokong oleh bukti sebenar kejadian.

Sedangkan, katanya, perasaan belas kasihan sepatutnya difokuskan kepada mangsa kes rogol yang kemungkinan akhirnya akan terbunuh akibat dari jenayah seksual tersebut.

``Pandangan yang diutarakan oleh pihak terbabit umpama `tukang sorak yang mengiyakan suara pihak lain mengikut selera sendiri'. Ini telahan yang dibuat tanpa mengikut fakta kejadian.

``Saya hairan mengapa orang tidak melihat kepada mangsa yang (mungkin) mati disebabkan serangan seksual tetapi kemudian perhitungan yang ringan diberi kepada pelaku,'' katanya ketika dihubungi oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam serta Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Shahrizat Abdul Jalil terhadap cadangan hukuman mati ke atas pesalah sumbang mahram dan rogol melibatkan mangsa di bawah umur 16 tahun.

Pihak yang menentang hukuman mati itu memberi alasan kemungkinan mangsa rogol akan dibunuh kerana penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi.

Menurut Rais, beliau akan membangkitkan semua cadangan yang dibangkitkan mengenai hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak itu dalam kertas khas yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

Tegasnya, kebanyakan syor yang diterima pihaknya daripada ibu bapa ialah mahu perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

``Saya tidak menyatakan semua pandangan mesti diterima tetapi Kabinet akan mengkaji untuk mengenakan hukuman setimpal terhadap perogol kanak-kanak termasuk kemungkinan menambah hukuman yang sedia ada,'' katanya.

Rabu lalu, Shahrizat berkata, jika hukuman mati dijadikan undang-undang, mangsa rogol mungkin takut untuk membuat laporan polis dan kenyataan kerana ia membabitkan kaum keluarga yang menjadi penjenayah.

Tegasnya, besar kemungkinan juga mangsa akan dibunuh kerana penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan politik sebelum ini mendesak kerajaan mengenakan hukuman mati mandatori terhadap perogol yang membunuh kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Mereka membuat desakan itu ekoran kemarahan memuncak setelah seorang kanak-kanak, Siti Nurlina Shamimi berusia dua tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan setelah dirogol dan dicampak ke dalam sungai di Alor Star, 1 November lalu.

Menurut mereka hukuman keras wajar dilakukan kerana undang-undang dan hukuman yang sedia ada, seolah-olah tidak memberi kesan dan kesedaran langsung di kalangan penjenayah terbabit.

No comments:

Post a Comment