Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 10, 2010

Ketuanan Melayu Memang Tiada Roh Islam....!!


Persatuan Mahasiswa UM Bantah Pencerobohan Surau Al-Falah

Kuala Lumpur: Beberapa persatuan mahasiswa kampus Universiti Malaya hari ini menyatakan bantahan terhadap usaha pihak tertentu untuk merobohkan sebuah Surau yang terletak di Kampung Kerinchi. Surau itu didakwa akan dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyebabkan penduduk dan mahasiswa yang tinggal di sekitar Pantai Dalam menyatakan bantahan terhadap usaha tersebut.

Minggu lalu, isu ini tercetus apabila satu surat telah dikeluarkan oleh DBKL mengarahkan agar surau tersebut dikosongkan sebelum tarikh 9 Disember ini bagi untuk kerja-kerja perobohan dilakukan.

Akibatnya, beberapa penduduk khususnya penduduk asal Kampung Kerinchi mula membuat bantahan bagi mempertahankan surau yang telah dibina melebihi 20 tahun ini. Menurut YDP PMIUM, Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan menyatakan bahawa perbincangan secara terperinci harus dilakukan oleh pihak terbabit dengan penduduk kampung.

“Pihak yang ingin merobohkannya harus berbincang, tanya kepada penduduk di sana mengapa tak nak dirobohkan surau itu, semestinya ada sebab tertentu yang amat penting yang sepatutnya didengar.”, jelasnya. Tambahnya, “Ini hak rakyat, rakyat bebas membuat keputusan berdasarkan hak mereka dan demi kesejahteraan masyarakat setempat. Surau itu semestinya ada sejarahnya tersendiri dan pihak terbabit patut melihat pro kontranya (merobohkan surau).”

Menurut kenyataan YDP Persatuan Mahasiswa Kedah UM (PERMADAH UM), Saudara Mohd Fazrin Mustaffa, beliau tidak bersetuju dengan usaha untuk merobohkan Surau Al-Falah itu. “Saya memang menentang usaha itu kerana bagi saya isu pembangunan yang dimainkan pihak terbabit tidak releven kerana di ibu kota ini sudah maju dan sepatutnya pihak terbabit memikirkan pembangunan di sekitar luar bandar yang masih ternanti-nantikan ‘kedatangan’ mereka.”

“Surau ini pernah cuba dipindahkan ke PPR Kerinchi, namun surau yang baru itu hanya mampu menampung 50 orang sahaja dalam satu-satu masa. Sebab itulah mereka (masyarakat Pantai Dalam) mahu pertahankan sebab surau yang lama ini dapat menampung lebih ramai.”, jelasnya.

Sementara itu, wakil MPMUM, Saudara Mohd Syahid Mohd Zaini menyatakan MPMUM turut sama membantah usaha yang cuba dilakukan pihak terbabit. “Saya mewakili mahasiswa Islam menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan usaha yang cuba dilakukan untuk merobohkan surau tersebut.”

“Saya dapat tahu masyarakat di sekitar sana memang selalu mengadakan sesuatu program dan aktiviti di surau terbabit termasuk yang terbaru Majlis Korban Perdana. Jadi, aktiviti seperti itu amat baik terutama kepada generasi muda dan anak-anak kecil demi perpaduan dan kesejahteraan masyarakat setempat.”, ujarnya.

Arahan merobohkan surau tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin atas alasan projek pembangunan yang akan dilakukan.

Namun menurut beberapa penduduk di sekitar sana, pemaju yang bertanggungjawab membangunkan projek tersebut menyatakan bahawa projek tersebut masih dalam perancangan dan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat. Malah pemaju juga pernah berjanji akan menaiktaraf semula surau yang telah sedia ada selaras dengan pembangunan yang akan dilaksanakan.

Surau Al-Falah antara surau yang awal didirikan di kawasan penempatan awam di Kampung Kerinchi. Pada tahun 2008, semua penempatan penduduk di sekitar surau telah dirobohkan dan penduduk telah dipindahkan ke PPR Kerinchi. Dengan pelbagai usaha dilakukan, Surau Al-Falah tersebut dapat dipertahankan sehingga kini dan berita tentang usaha untuk merobohkan surau tersebut ternyata tidak menyenangkan penduduk sekitar.

Nota :

Alahai...Bukannya susah sangat...
Cukup senang je kalau nak elak ketuanan melayu merobohkan Surau Al Falah di Kg Kerinchi, Kuala Lumpur....
Buat mesyuarat dan Minta penganut Hindu bina kuil sebelah surau tersebut...
Kita nak tengok berani tak ketuanan melayu nak roboh kuil tersebut.
Tak percaya ke...cubalah buat....Kah...Kah...Kah...!!!

No comments:

Post a Comment