Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 13, 2011

Ini Lagi Lanchowww....!!


NEGARA ISLAM: MASYARAKAT CINA DIMINTA TIMBANG IMPLAKASI – UM

Masyarakat Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor diminta membuat pertimbangan mendalam mengenai implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek berkata, Pas semestinya akan menjadikan agenda itu sebagai satu kenyataan jika dipilih memerintah.

"Pas tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini satu peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.

"Jika Pas mempunyai kuasa dan memerintah, dia kena memenuhi apa yang dia lakukan dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan meraikan warga emas sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Nota:

Kenyatan ini menandakan bahawa orang cina di tenang sedang berfikir untuk mengundi PAS...
Kenyataan ini adalah untuk menakut nakutkan orang cina....
Kah...Kah...Kah...!!

No comments:

Post a Comment