Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 6, 2011

UMNO Yang Gila Talak...!!


KSN pertahan pelantikan Khusrin - MK

Dalam satu kenyataan 10 perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan proses pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) yang baru.

Menurutnya, kerajaan Selangor telahpun dirunding berhubung pelantikan Khusrin itu melalui SUK terdahulu Datuk Ramli Mahmud.

Katanya, rundingan itu dijalankan secara "profesional" dan hanya melibatkan beliau sebagai pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dan juga Ramli.

Menurut Mohd Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat bertarikh 23 November 2010 kepada Ramli memaklumkan bahawa KSN dan JPA telah mengenalpasti dan memperakukan tiga calon untuk dipertimbangkan sebagai calon SUK yang baru.

"Salah seorang daripada tiga calon itu adalah Datuk Mohd Khusrin Munawi," katanya sambil menambah cadangan mereka dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.

Surat tersebut juga, katanya, juga memohon supaya nama mereka dirujuk untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan Selangor.

Beliau berkata, JPA melalui surat bertarikh 3 Disember 2010 kepada SUK ketika itu sekali lagi memperakukan tiga calon yang sama untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan SUK yang baru.

Surat tersebut juga, katanya, memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor yang menurutnya sebagai sebagai satu amalan.

"SUK Selangor ketika itu, melalui surat bertarikh 13 Disember 2010, kepada JPA telah memaklumkan bahawa nama tiga calon itu telahpun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan Baginda telah perkenan supaya Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai SUK yang baru," tegasnya lagi.

Mohd Sidek juga menegaskan bahawa Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan SUK negeri.

Oleh itu, katanya, perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Khusrin bukanlah sesuatu keperluan undang-undang di bawah perlembagaan negeri, tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan sembah takzim.

Di samping itu, tambahnya, Perkara LII, Perlembagaan Negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK dibuat.

Oleh itu, tegas Mohd Sidek, ketiadaan rundingan dalam melantik SUK Selangor tidak menjejaskan pelantikannya.

"Namun begitu mengikut amalan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam mengemukakan cadangan nama-nama kepada kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Negeri sebagai courtesy," tegasnya.

Nota :

Umno masih merasakan yang mereka masih berkuasa di Selangor...
Seumpama orang yang gila talak...
Dah bercerai pun masih dok gila lagi kat bekas isterinya...
Dah lah tu wahai UMNO...
Rakyat selangor dah tahu yang mana kaca yang mana intan...

No comments:

Post a Comment