Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 22, 2011

Ada Udang Di Sebalik Mee....!!


SOAL KEPERLUAN ATM TAK BOLEH DIBINCANG :ZAHID – BH

Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa soal kesiapsiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dibincangkan atau dipolimikkan, termasuk di Parlimen.

Beliau berkata walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti dan kekebalan untuk bertanya apa sahaja di Dewan Rakyat, namun soal keupayaan ATM tidak boleh dikompromi dan dibincangkan secara terbuka.

Menggulung perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, Ahmad Zahid turut menegaskan semua anggota Parlimen tanpa mengira parti harus berpendirian bahawa soal rahsia ketenteraan tidak boleh dipolitikkan bagi keselamatan negara.

Membidas beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang sering membangkitkan isu-isu kesiapsiagaan ketenteraan di Dewan Rakyat, khususnya Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Ahmad Zahid berkata, soal kerahsiaan negara seharusnya dipertahankan oleh semua, sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Nota:

parlimen adalah badan tertinggi
parlimen membuat undang undang
kalau di parlimen tak boleh bincang
maka nampak sangat nak beli alatan tentera
dengan senyap senyap
kah kah kah

No comments:

Post a Comment