Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 31, 2011

Berani Kah Mufti Kat Malaysia Nak Bersuara...!!


MUFTI WAJAR NYATA PENDIRIAN, KATA DR ASRI -MK

Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenaipolitik idea untuk membela rakyat.

“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.

“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Nota:

mufti di malaysia ini memang tak dihormati
ini kerana mereka cari makan dengan gerombolan
bukan macam para ayatolah mereka mendapat
sokongan dari orang ramai yang bersedekah dan berwakaf
dana yang datang tak sangkut paut dengan daulah

kunci semua ini ialah ekonomi
kalau tak ada kebebasan ekonomi macam mana
nak bebas berfikir – gaji taraak – ilmu pun kureeeng
buku taraaaak tulis. nak jadi tok siak pun mungkin
tal dapat kah kah kah

No comments:

Post a Comment