Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 29, 2011

Kenyataan Media Isu Penangguhan Sidang DUN Perak


Berhubung dengan kenyataan dari Speaker DUN Perak Barisan Nasinal, Ganesan yang menangguhkan tarikh persidangan DUN Perak dari 5 April kepada 12 April akan datang dengan ini saya suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut:-

1. Bagi saya penangguhan itu menimbulkan banyak persoalan yang tidak terjawab serta boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi yang berbeza, apalagi Ganesan tidak memberikan sebab yang terperinci dan munasabah sebab penangguhan tersebut.

2. Saya menyokong kenyataan dari YB. Sivakumar yang mengakatan penangguhan itu ada kaitan dengan usaha untuk menghalang ADUN PR Perak untuk turun berkempen di Sarawak.

3. Jangkaan lain saya ialah adakah mungkin penangguhan itu ada kaitan dengan isu yang dikatakan bahawa ura-ura DUN Perak akan dibubarkan secara berasingan akan menjadi kenyataan?

4. Selain itu saya melihat sangat tidak munasabah tempoh yang panjang yang telah diperuntukkan selepas notis awal hampir sebulan lepas namun tarikh sidang tersebut tidak mampu dilaksanakan sesuai perencanaan awal.

5. seingat saya inilah kali pertama sidang DUN ditangguhkan di Perak selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada MAC 2008 dan selepas BN merampas kuasa pada Februsri 2009.

KENYATAAN MEDIA/29 Mac 2011

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

No comments:

Post a Comment