Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 30, 2011

Rancangan Sulit...!!


MUHYIDDIN: BN SASAR 30 KERUSI TAWAN SELANGOR -MI

Usaha menawan balik negeri Selangor bukan satu tugas mudah tetapi Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran untuk menawan sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam pilihan raya umum ke-13, kata Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata, BN telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang perikatan itu boleh kuasai.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan butiran lanjut.

baca ini:

AZMIN DAKWA UMNO, BN DAFTAR PENGUNDI HANTU TERMASUK KELUAR MYKAD - MI

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa pihaknya telah mengesan usaha Umno-BN mengadakan “pengundi hantu” dengan membawa masuk orang luar Selangor sebagai bakal pemilih menjelang pilihan raya umum ke-13.

Selain itu, usaha tersebut termasuk membawa keluar pengundi-pengundi dari Selangor khususnya mereka yang dianggap sebagai penyokong Pakatan Rakyat.

“Sistem yang dibina oleh Keadilan (PKR) telah mengesan pelbagai bentuk penipuan dan watak pengundi hantu yang menjadi penyokong setia Umno dan SPR.

“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau.

Malah menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu dipantau kerana banyak sumber yang sahih melaporkan agensi kerajaan pusat itu mengeluarkan kad-kad pengenalan di luar waktu pejabat dan di lokasi yang mencurigakan untuk pendatang-pendatang asing demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno.

Nota:

Kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu...
maka telah lama pilihanraya di malaysia di haramkan..
Kah...Kah...Kah....!!

No comments:

Post a Comment