Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 9, 2011

UMNO Dan Judi Memang Tak Boleh Di Pisahkan...!!


KUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempertikaikan tindakan Kerajaan Kelantan mengharamkan Judi Loteri.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad, Umno meraikan kemenangan parti tersebut di Merlimau dan Kerdau dengan menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran.

Ustaz Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas judi itu haram.

Beliau berkata, tindakan mengharamkan judi bukan hanya ajaran dalam agama Islam tetapai ianya diterima oleh semua agama dinegara ini.

"PAS juga kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam. Mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka,"jelas Ustaz Idris

Sehunungan itu, PAS yakin, kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan 'taikun-taikun' perjudian dinegara ini yang banyak membantu dan memberikan sokongan kepada Umno-Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihanraya.

Katanya, Beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi.

Justeru, PAS menyeru Muhyiddin dan semua pemimpin Umno untuk bertaubat kerana amalan mereka menghalalkan judi di negara ini.

"PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi dinegara ini dan meminta maaf kepada Penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi,

"PAS juga memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang dibawah bidang kuasa mereka,"ujar Ustaz Idris yang menasihatkan Muhyiddin supaya leih baik berdiam diri sekiranya 'tidak ada modal' untuk bercakap.

Beliau menambah, PAS Pusat menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi dinegara ini bagi menjelaskan kepada rakyat sesungguhnya Umno dan BN mesti ditolak dalam Pilihanraya Umum akan datang.
..

No comments:

Post a Comment