Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 23, 2011

Video Seks : Dendam Rahim Tamby Chik Masih Membara Terhadap Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah individu yang masih berdendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, akibat kejatuhan karier politiknya satu ketika dahulu.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, mengulas pendedahan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini.

Johari dalam sidang media tengahari tadi mendedahkan beliau dijemput oleh Rahim untuk menonton rakaman video seks yang didakwa dilakukan Anwar di sebuah hotel di ibu negara, melalui kenalannya, bekas konsultat kehormat Thailand, Datuk Shazryl Eskay .

Namun Johari segera menafikan individu dalam rakaman video itu ialah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badannya. Dalam pertemuan itu juga, Rahim turut mengajak Johari bersama pimpinan Keadilan yang lain supaya meninggalkan KEADILAN dengan menawarkan ganjaran.

”Pendedahan ini tunjukkan beliau (Rahim) sebagai seorang pendendam kepada Anwar disebabkan kejatuhan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka dan pemimpin Umno satu ketika dulu,” kata Dr Muhammad Nur.

” Nampak jelas Rahim ialah seorang pendendam yang akan sentiasa berusaha untuk menghalang Anwar muncul sebagai seorang tokoh pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat ,” tegasnya yang menyertai Umno empat tahun sebelum Anwar dipecat.

Terbabit konspirasi dengan Mahathir.

Menurutnya lagi, budaya fitnah yang dilakukan Umno telah berakar umbi sejak pentadbiran Mahathir lagi, dan semakin menjadi-jadi ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

”Rahim Tamby Chik, ialah antara individu yang dikatakan terlibat menjatuhkan Anwar, sekali dengan Tun Mahathir pada 1998,” ujar beliau.

Ini kerana pada waktu itu Anwar dilihat lantang mengkritik kepimpinan Mahathir yang mengamalkan rasuah dan kronisme.

“Pemimpin Umno tidak takut dengan Allah SWT, terhadap azab daripada Allah. Mereka terlalu gila kuasa dan sanggup mengaibkan orang lain.

“‘Fitnah ini berlarutan sejak zaman Mahathir, sejak 12 tahun lalu. Sepatutnya ia telah berakhir tapi umno sanggup memfitnah tanpa melihat persoalan agama, iman, akhlak, dosa pahala dan syurga neraka,” ujar beliau.

Rahim Tamby Chik, yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Ketua Pemuda Umno, pernah terlibat dalam skandal seks membabitkan gadis bawah umur pada awal 1990an.

Namun beliau dibebaskan dari tuduhan berkenaan selepas pendakwa menggugurkan kes tersebut pada 1994.

Anwar, yang pada masa itu pemimpin nombor dua negara, dikatakan memberi tekanan supaya Rahim berundur dari jawatan kerajaan dan Umno akibat salah laku dan moral yang dilakukannya ketika itu.

“Sebab itu dia berusaha menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Sebab dia begitu marah kepada Anwar kerana menjatuhkannya disebabkan kehidupannya yang tidak memberi contoh teladan yang baik dan tidak bermoral,” katanya lagi./kd

No comments:

Post a Comment