Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 14, 2011

Aram meh Kitai Berubah....!!

"Pilihan raya Negeri Sarawak yang ke-10 telah pun bermula hari ini dengan pengundian pos sudah pun selesai dijalankan. Hanya tinggal hari sabtu ini untuk acara pengundian kemuncak.

Apa pun, pilihan raya kali ini di Sarawak menjanjikan kejutan yang istimewa kerana buat pertama kali setiap kerusi dewan undangan negeri dipertandingkan. Sememangnya ini melambangkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Sarawak untuk memilih bakal pemimpin mereka.

Kawasan-kawasan bandar sudah pasti menjadi sasaran Pakatan Rakyat untuk mendapatkan sebanyak kerusi yang mungkin untuk meluaskan pengaruh mereka di Sarawak. Bagi Barisan Nasional, senario ini menggusarkan mereka dan apa sahaja cara harus dilakukan untuk mempertahankan kubu Kenyalang mereka daripada dirampas parti pembangkang.

Sabah dan Sarawak sudah pasti antara penyumbang terbesar kewujudan Barisan Nasional sebagai kerajaan di Malaysia hari ini, sekiranya mahu dikira kerusi di Semenanjung, sudah pasti Malaysia sudah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Justeru, tidak hairanlah sekiranya Barisan Nasional kelihatan sangat terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini, untuk mengelakkan tsunami yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Rakyat di negeri Sarawak seharusnya semakin bijak dan matang untuk memilih pemimpin, walaupun Barisan Nasional sudah memerintah sejak dari kemasukan Sarawak ke dalam negara Malaysia pada tahun 1963, ini tidak seharusnya menghalang mata dan pemikiran rakyat Sarawak untuk memandang dengan lebih luas dan adil. Realiti hari ini sangat berbeza dengan waktu penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia, rakyat Sarawak harus lebih tahu akan kepincangan yang berlaku dalam negeri mereka.

Mereka perlu bijak menilai pemerintahan Barisan Nasional selama ini sama ada benar-benar dapat meringankan beban hidup mereka atau tidak, bagaimana dengan ekonomi kaum-kaum tertentu di Sarawak yang masih belum terbela, soal infrastruktur dan kemudahan asas, pendidikan, dan isu-isu sensitif yang masih berbangkit. Adakah semuanya ditangani dengan berkesan? Rakyat Sarawak sahaja yang mempunyai jawapannya.

Rakyat Sarawak juga harus memandang keupayaan Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri di Semenanjung. Ada ke negeri yang jatuh bankrup akibat pemerintahan Pakatan Rakyat? Kemudahan-kemudahan dan peluang-peluang yang dinikmati oleh rakyat di bawah negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat harus membuka mata rakyat Sarawak untuk memilih pihak mana yang lebih layak untuk mengemudi negeri Sarawak ke arah yang lebih gemilang.

Dengan Pakatan Rakyat cuba menambah kerusi sebanyak mungkin, hal ini seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat untuk melahirkan kerajaan yang seimbang dan tidak berat sebelah. Kewujudan pembangkang seharusnya tidak dipandang jelek kerana pihak ini lah yang mewujudkan 'check and balance' dan tidak perlu dijadikan punca untuk mencetuskan perpecahan kerana kerajaan yang bakal dibentuk kelak harus bekerja sebagai satu pasukan.

Keputusan terletak di tangan pengundi-pengundi untuk memilih. Semuanya bergantung kepada kesedaran pengundi. Soal pengundi kurang capaian maklumat bukan lagi isu. Petugas parti masing-masing sudah pasti berusaha sehabis mungkin untuk menyampaikan maklumat dan bahan kempen.

Semoga pilihan raya kali ini bersih dan telus. Kejadian seperti in tidak perlu berulang sekiranya kita mahu menjulang negara kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketelusan sangat diperlukan untuk mengelakkan kekacauan...tolong telus dan adil.

No comments:

Post a Comment