Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 8, 2011

Jangan Nak Tipu Rakyat....!!


KECEDERAAN SARBANI KONSISTEN AKIBAT JATUH BANGUNAN TINGGI, KATA POLIS -MI

Kecederaan dialami Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed konsisten dengan akibat jatuh dari premis yang tinggi, kata polis hari ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah enggan berkata sama ada penolong pengarah kastam itu, yang ditemui mati di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Cheras kelmarin, turut mengalami kecederaan lain.

“Kecederaan dia alami konsisten dengan akibat jatuh dari kawasan (bangunan) tinggi. Tetapi kami hanya akan tahu punca kematian selepas ujian makmal,” kata beliau kepada pemberita di sini pagi ini.

Ketika ditanya sama ada Ahmad Sarbani ada mengalami kecederaan lain, beliau berkata, “saya tidak kata begitu dan saya tidak kata kecederaan (itu) adalah punca kematian (dia).”

Pegawai kastam berusia 56 tahun itu ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Nota:

kenytaaan yang berkelintau ini
semuanya adalah putar/spin
tujuan untuk melalai dan memutar
belitkan pandangan

ini dilakukan agar orang ramai
tidak marah pada geromblan

buat banyak kenyataan
lagi banyak lagi bercelaru
pandangan orang ramai

selama 50 tahun inilah yang telah
dilakukan oleh gerombolan sehingga
internet muncul!

sekarang nak putar
internet putar kembali
kah kah kah

putar jangan tak putar!

No comments:

Post a Comment